Saturday 2 March 2019

URUS SEMUA SUMBER EKONOMI DENGAN BAIK


Ekonomi Islam menjurus kepada pengurusan semua sumber. Mana-mana sumber yang dirosakkan, maka telah berlaku ketidak seimbangan yang akan mengakibatkan kerosakan-kerosakan lain.

Justeru, jika manusia ingin menikmati kehidupan yang sejehtera dan selesa, maka tidak ada sumber ekonomi yang boleh dimusnahkan.  

Sesiapa melakukan tindakan yang cuba mengubah dan merosakkan ciptaan Tuhan sebenar manusia yang telah sesat dan tidak beriman. Tidak ada agama yang membenarkan umatnya melakukan kerosakan dan kemusnahan, lebih-lebih lagi terhadap manusia. 

Allah menjelaskan hikmah kejadian alam yang menjadi tanda-tanda kekuasaan-Nya. Semua ciptaan itu secara fitrahnya menjadi sumber kekayaan dan kesejahteraan hidup untuk manusia. 

Betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada manusia. Justeru, tidak timbul soal sumber terhad jika manusia bersyukur dan bertakwa. Sekiranya setiap manusia berusaha, maka akan dipermudahkan oleh Allah kepadanya rezeki yang halal. 

Kehendak manusia mempunyai tingkatan yang berbeza iaitu bermula dengan keperluan asas yang dipanggil Daruriyat seperti makanan, minuman dan tempat tinggal. 

Pada tingkatan kedua yang dipanggil Hajiyat merupakan keperluan yang lebih bersifat keselesaan seperti kenderaan dan peralatan diri yang jika tidak dimiliki tidak menghalang untuk seseorang meneruskan hidup.

Manakala tingkatan Tahsiniyat pula mewujudkan kehidupan lebih selesa berbanding tingkatan keselesaan biasa. Memenuhi keperluan tingkatan Tahsiniyat perlu berhati-hati agar tidak menjadi satu pembaziran dan melahirkan sikap angkuh sertai cintai dunia melebihi kehidupan akhirat.

Sekira manusia mematuhi sistem ekonomi Islam, sudah tentu persoalan asas ekonomi iaitu sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad dapat diselesaikan dengan bijaksana. Sesungguhnya segala sistem hidup yang digariskan oleh Islam mampu berdepan dengan segala permasalahan hidup.

No comments:

Post a Comment