Friday 1 March 2019

BALASAN BALA BERKAITAN AIR


Balasan terhadap manusia berkaitan air bukan sahaja melalui banjir. Balasan lain mungkin kekurangan bekalan air, tanah runtuh, banjir lumpur, hakisan tanah dan penyakit bawaan air.

Tanah runtuh berlaku apabila bukit yang menjadi paksi bumi mengalami perubahan ketara. Aktiviti pembinaan bangunan, jalan raya dan penempatan yang dibuat di lereng atau di atas bukit menyebabkan kemusnahan struktur semulajadi menjadi punca utama kejadian tanah runtuh.

Aktiviti pembalakan haram tidak terkawal menimbulkan banyak keburukan. Pokok ditebang sehingga kawasan hutang menjadi gondol. Akibat perbuatan itu air hujan mengalir laju tanpa meresap di dalam tanah. Simpanan air dalam tanah berkurangan dan mudah kering apabila musim kemarau. 

Manusia perlu mematuhi dan bertanggungjawab menjaga alam agar sumber utama tidak diganggu secara keterlaluan. Soal pengurusan air merupakan fardu kifayah untuk kepentingan semua. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjamin kepentingan umum tidak dirosakkan.

Sekiranya manusia bersyukur dan menggunakan sumber alam dianugerahkan Allah dengan mematuhi peraturan alam, selama itu kehidupan manusia berjalan dengan baik. 

Sikap tamak tidak pernah sampai di penghujung, jika tidak dididik dengan perasaan takwa dan keimanan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Allah menjelaskan kemusnahan dan penderitaan bakal ditanggung manusia jika melakukan perbuatan menyalahi aturan alam. Diharapkan kejadian sedemikian menjadi manusia insaf dan kembali bertaubat.  

No comments:

Post a Comment