Friday 1 March 2019

UCAP KALIMAH BAIK SESAMA ISLAM

Hendaklah kita selalu mengucapkan kalimah-kalimah yang baik kepada sesama Islam. Hendaklah sentiasa memaafkan atas kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh saudara kita. Sesungguhnya setiap orang pasti memiliki kesalahan.

Cara lain untuk menhubungkan silatulrahim ialah berasa gembira dengan kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada saudara kita. Allah SWT telah memberikan keutamaan dan kelebihan yang berbeza-beza pada setiap orang.  Baik dalam hal kepemilikan harta, keilmuan, banyak melakukan amalan-amalan ibadah, kebaikan akhlaknya dan lain sebagainya.

Kita patut merasa gembira dengan nikmat Allah yang diberikan kepada saudara kita baik dari sisi harta, ilmu, semangat dalam beribadah, dan lain-lain. Kita harus menghilangkan sifat hasad terhadap keutamaan yang diberikan oleh Allah kepada saudara kita.

Hendaklah juga kita saling membantu dengan saudara dalam perkara-perkara kebaikan. Sungguh Allah SWT telah memerintahkan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Maidah, ayat  2)

Maka kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita semua termasuk dari orang-orang yang saling tolong-menolong dalam kebaikan dan ketakwaan, saling nasihat-menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta menjadikan persaudaraan kita semata-mata kerana mengharap reda-Nya.

Dan semoga Allah SWT memberikan taufik-Nya kepada kita, kerana sesungguhnya tidak ada daya dan upaya pada diri kita, kecuali kekuatan dari Allah SWT. 

No comments:

Post a Comment