Friday 1 March 2019

RAI KEJAYAAN SECARA BERHEMAH

Dalam pertandingan sukan sudah pasti ada menang dan kalah. Pemain dan penyokong perlu menerima kekalahan dengan hati terbuka. Islam mengajar kita supaya tenang, reda, dan bersikap rasional menerima kekalahan. 

Amat menyedihkan, ada peminat sukan bergaduh kerana bersikap emosional serta mudah mengikut telunjuk hawa nafsu. 

Pasukan yang menang memang layak bergembira dengan kemenangan itu. Namun, tidak sepatutnya pula mereka melakukan dengan cara yang ditegah oleh undang-undang seperti membakar mercun dan mengganggu ketenteraman awam.

Perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Selain itu pihak yang menang juga ditegah melakukan provokasi berbentuk menghina pasukan lawan yang kalah.

Sesungguhnya, Islam menegah sikap berlebih-lebihan hingga mendatangkan keburukan. Firman Allah SWT yang bermaksud:“Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.(Surah al-Maidah, ayat 87)


Biarpun sukan digalakkan, namun perlu diingatkan agar ketika bersukan tidak melakukan perkara yang ditegah agama seperti mendedahkan aurat dan lalai sehingga meninggalkan ibadat wajib.


Sukan juga tidak seharusnya melibatkan pertaruhan yang termasuk dalam perbuatan judi. Amat menyedihkan apabila keputusan pertandingan bolasepak telah dijadikan medium untuk perjudian hingga melibatkan pertaruhan berjumlah jutaan ringgit.


Disebabkan berlaku pertaruhan juga mendorong kepada wujudnya pihak yang mengatur keputusan pertandingan yang melibatkan pemain.

Perbuatan menerima rasuah mengatur keputusan pertandingan tentu mengecewakan penyokong yang mengharapkan pemain menunjukkan prestasi sebenar. 

No comments:

Post a Comment