Sunday 3 March 2019

KERETA MAINAN ORANG DEWASA


Barang mainan dikaitkan dengan kanak-kanak. Namun agak berbeza kereta permainan HotWheels. HotWheels turut menjadi kegilaan di kalangan orang dewasa. Tentu sekali peminat dewasa bukan buat main tolak atau lancar kereta, tetapi sebagai koleksi.  

HotWheels awalnya dikeluarkan oleh Mattel pada tahun 1968. Pada tahun tersebut, hanya 16 biji kereta yang dikeluarkan dan 11 daripadanya di reka bentuk oleh Harry Bentley Bradley.

Peminat HotWheels membentuk komuniti untuk berkongsi pengalaman dan menjual beli koleksi. Peminat tegar akan mengetahui kewujudan di mana lokasi ada jualan kereta mainan itu. Mereka menjadi pemburu yang sentiasa mencari di mana ada HotWheels.

Koleksi disusun cantik di atas rak. Ia menjadi tatapan dan bukan untuk dijadikan mainan biarpun namanya kereta mainan.

Seperti juga hobi lain, ia bukan membazirkan wang, tetapi juga bijak menggunakan peluang, ia menjadi satu sumber rezeki. Ada kereta yang harganya tidak masuk akal sehingga ratusan ringgit sebuah, sedangkan harga asal hanya sekitar RM5 hingga RM20 sebuah.

Harga meningkat jika model itu sukar ditemui. Ia menjadi seperti barang antik yang harganya menjadi mahal jika sukar ditemui.

Jika anda melihat orang dewasa membeli HotWheels, besar kemungkian ia bukan untuk adik atau anak, tetapi untuk dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment