Kem
Baha adalah tapak perkemahann di Taman Negeri Gunung Stong. Ketinggiannya adalah 463 meter dari aras laut. Pendakian ke Kem Baha sejauh 3.5
kilometer mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit sehingga dua jam. Namun ada
juga pendaki mengambil masa sehingga tiga jam, terutama jika hujan di mana
keadaan trek licin.
Bagi
kebanyakan kumpulan pendaki hanya akan terhenti di Kem Baha. Jika tidak
ingin bermalam, mereka akan terus turun pada hari yang sama.
Namun,
alang-alang sampai di Kem Baha mereka akan bermalan di situ. Selain,
menikmati suasana malam di puncak gunung, mereka menantikan detik indah melihat
sinar mentari pada waktu pagi. Suasana sungguh menarik dengan kepulan awan yang
membentuk hamparan awan atau dipanggil karpet awam.
Kawasan
Kem Baha cukup luas untuk menampung lebih 100 orang pada satu-satu masa.
Terdapat bekalan air dan keperluan lain untuk keselesaan mereka yang berkhemah
di situ.
Beberapa
tempat menarik boleh dilawati di sekitar Kem Baha seperti Gua Rantai, Air
Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung.
Gua
ini dinamakan Gua Rantai kerana dipasang rantai di dalamnya bagi memudahkan
pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua
ini namun tetap memberi keseronokkan kepada pengunjung.
Air
Terjun Kolam Puteri ini agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan
tenang. Seronok bermain air di sini sama ada mengelunsur di air terjun mahupun
berenang.
Manakala
Telaga Tujuh adalah telaga semulajadi yang berada di tengah-tengah sungai di
atas Air Terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu
pengalaman menarik.
No comments:
Post a Comment