Sunday 3 March 2019

ASAL NAMA KAMPUNG ADA PERKATAAN 'BERIS'

Terdapat banyak tempat yang menggunakan nama 'beris' sebagai gabungan. Contohnya Kampung Beris Lanjut, Kampung Beris Jambu, Kampung Beris Jejawi, Kampung Beris Panchor, Kamung Beris Kubur Besar, Kampung Beris Pintu Gerbang, Kampung Beris Pak Pura dan banyak lagi.
 
Mengapa tempat itu dinamakan 'beris'? Kalau kita pergi ke kampung yang menggunakan nama beris, satu cirinya ialah kawasan itu tanahnya berpasir berwarna hitam atau gelap.
 
Beris sebenarnya merujuk kepada tanah berpasir yang bercampur dengan tanah liat. Tanah beris sesuai untuk tanaman tembakau, tembikai, kelapa dan tanaman jenis ubi.
 
Tanah beris juga banyak digunakan untuk tanaman buah ketereh atau gajus.
 
Sebuah syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn Bhd ditubuhkan oleh Suhaimi Lua Abdullah, yang berasal dari Kampung Beris Gajah Mati, Bachok.

No comments:

Post a Comment