Wednesday 12 June 2019

ANAK ANJING DIKATAKAN AYAM GORENG

Penglihatan kita sentiasa tertipu dengan pandangan pertama. Tambah lagi jika dalam keadaan tidak teliti dan kita sudah mempunyai tanggapan atau 'keputusan' terhadap sesuatu apa yang dilihat.

Cuba lihat sepintas lalu gambar di atas. Apa yang anda lihat? Apa yang tergambar di minda anda?

Ramai yang menyangka itu adalah gambar ayam goreng. Kerana itulah gambar yang biasa kita lihat. Gambar ayam goreng sudah menjadi imej yang terlalu kerap kita lihat sama ada gambar mahupun secara nyata.

Namun, sebenarnya gambar tersebut ialah anak-anak anjing. Memang cantik kan? Mata dan minda kita sentiasa memberi jawapan salah kepada perkara yang kita sering lihat.

Sebab itu, behati-hati dalam perkara yang penting biarpun ia sering kita lakukan. Jangan ambil mudah. Minda dan mata kita mudah tertipu dengan sesuatu yang hampir sama, biarpun hakikatnya adalah perkara yang jauh berbeza.

No comments:

Post a Comment