Perbuatan membuang sampah dari atas
kereta seperti sudah menjadi barah di kalangan pengguna jalan raya. Perbuatan
itu dilaku terutama ketika kenderaan berhenti di tempat rehat atau disebabkan
kesesakan lalulintas.
Pemandangan seperti gambar di atas
sudah acap kali berlaku pada musim perayaan apabila pemandu berhenti di sesuatu
lokasi untuk berehat dan ketika bulan Ramadan apabila waktu berbuka dan
sepanjang malam sebelum masuk waktu Subuh.
Sepatutnya pada bulan Ramadan, mereka
lebih mengamalkan sikap yang disuruh oleh agama. Membuat kotor atau membuang
sesuatu yang menjadi sampah adalah dilarang oleh Islam.
Tidak kisahlah, jalan itu terletak di
kawasan bandar mahupun kawasan hutan atau jauh dari kawasan penempatan.
Sampah sarap perlu disimpan di dalam bekas
atau plastik, kemudian dibuang di tempat sepatutnya. Kalau perlu disimpan
sampai ke rumah atau tempat dituju, itulah yang sepatutnya dilakukan.
Cukup malang jika amalan membuang
sampah merata-rata itu dikaitkan dengan sikap pemandu dari sesebuah negeri.
Perbuatan itu akan mencerminkan sikap penduduk negeri berkenaan, walaupun ia
hanya dilakukan oleh segelintir kecil sahaja.
Jagalah kebersihan biarpun di mana anda
berada.
No comments:
Post a Comment