Semua tahu buah nenas ada jambul di atas
buahnya. Jambul itu digunakan sebagai benih untuk penanaman seterusnya.
Ini pokok nanas pakai topi. Mengapa pula?
Tentu ia dibuat dengan alasan yang wajar.
Pokok nanas atau buah nanas dipakaikan
topi atau pelindung untuk mengelak sinaran cahaya matahari yang berlebihan dan suhu
tinggi yang boleh menyebabkan kejadian risiko penyakit mata hantu.
Penyakit mata hantu adalah di mana keadaan
buah nanas menjadi lebam, masak tidak sekata, warna tidak seragam dan bentuk buah
tidak menarik.
Topi atau pelindung juga bertujuan untuk
mengelak terkena air hujan berlebihan yang akan menyebabkan rasa manisnya berkurangan.
Jadi, jangan pelik jika anda melihat di
ladang nanas terdapat topi di setiap buah nanas. Setiap perkara dilakukan ada sebabnya.
Manakala setiap usaha pasti mendatangkan kesan yang diharapkan.
Amalkan makan banyak nanas kerana ia kaya dengan khasiat dan manfaat. Selalu makan nanas, termasuk empulurnya dipercayai dapat mengatasi masalah kanser atau ketumbuhan dalam badan.
Amalkan makan banyak nanas kerana ia kaya dengan khasiat dan manfaat. Selalu makan nanas, termasuk empulurnya dipercayai dapat mengatasi masalah kanser atau ketumbuhan dalam badan.
No comments:
Post a Comment