Keadaan kita apabila umur mencecah tua
akan kembali sikap dan keupayaan seperti kembali menjadi kanak-kanak. Banyak keupayaan
menjadi semakin kurang.
Kekuatan fizikal dan pancaindera akan berkurangan.
Termasuk yang beransur-ansur berkurangan ialah ingatan atau keupayaan minda. Sebab
itu, orang tua mudah lupa atau nyanyak.
Orang tua akan lupa tentang dirinya sendiri.
Lupa tentang makan dan minum. Malah, mereka akan lupa nama sendiri. Apatah lagi
nama anak dan cucu-cucu yang ramai.
Dalam segala yang semakin berkurangan itu,
ada insan yang Allah lebihkan dirinya tidak melupakan satu tanggungjawab iaitu sembahyang.
Beruntunglah mana-mana orang tua yang Allah
masih memberi kesempatan kepadanya untuk terus mengingati Allah melalui sembahyang,
biarpun dia sudah lupa banyak perkara yang paling diingati sebelum ini.
Untuk menjadi orang yang beruntung seumpama
itu, marilah kita bersungguh-sungguh menjaga sembahyang. Biarlaha tugas terakhir
yang mampu kita lakukan dalam hidup ini ialah sembahyang, ketika tugas-tugas lain
tidak mampu lagi dilaksanakan.
Biarlah kita terpilih menjadi insan yang
masih ingat ingin sembahyang dan masih mampu melaksanakan, biarpun perkara-perkara
lain kita sudah tidak mampu mengingatinya.
Sesungguhnya sembahayang itu tiang agama
dan perkara pertama akan dihisab di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment