Monday 23 September 2019

POKOK BUAH NAGA

Buah naga adalah tanaman dari family Cactaceae. Buah naga juga dikenali dengan nama buah pitaya.

Buah naga merupakan tumbuhan termasuk dalam keluarga kaktus berduri.

Buah naga berasal dari dari Amerika Tengah. Pada tahun 1870 sekelompok orang Perancis membawa buah ini ke Asia.

Tanaman ini terdiri daripada dua jenis iaitu buah naga merah (Hylocereus polyrhizus) dan buah naga putih (Hylocereus undatus).

Buah naga mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1999 iaitu di Setiawan, Perak dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada tahun 2006, pengeluaran buah naga di negara ini telah mencecah 2,534.2 ton

Sebenarnya teknik menanam buah naga sangat mudah. Baik untuk penanaman di kebun maupun dalam pasu.

Buah naga akan matang selepas 35 hari keluar bunga.

Buah naga memiliki rasa masan manis yang lazat. Buah naga menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana rasanya, tetapi tentu sekali kerana banyak kandungan vitamin yang baik untuk tubuh.  

No comments:

Post a Comment