Tuesday 12 December 2017

Hasil laut segar di Pasr Gok Kapor

Nama Pasar Gok Kapor diambil sempena kegiatan pembuatan kapur di kawasan berkenaan dari dahulu dan masih wujud sehingga sekarang.

Perkataan 'gok' adalah dapur atau relau untuk memanaskan kulit kerang yag dijadikan bahan asas untuk membuat kapur.

Pasar Gok Kapor terletak 2 km dari bandar Kota Bharu. Keistimewaan Pasar Gok Kapor kerana menjual hasil laut segar dengan harga berpatutan.

Sumber hasil laut seperti ikan, udang dan ketam diperoleh dari nelayan pantai di Kampung Kuala Besar dan Pantai Sabak.

Pasar ini beroperasi pada sebelah petang dari pukul 04.00 petang hingga 07.00 malam.

Selain hasil laut segar, di Pasar Gok Kapor juga terdapat jualan kuih, buah-buahan, keperluan dapur dan ikan kering dihasilkan pengusaha tempatan. 

No comments:

Post a Comment