Sunday 31 March 2019

KELAPA TACUNAN JADI PILIHAN

Kelapa tacunan (Cocos nucifera) merupakan varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. 

Kelapa tacunan adalah varieti kelapa yang cepat berbuah di mana tandan pertama lazimnya mencecah tanah. Ia boleh berhasil dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga baik. 
 
Kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa.

Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa.

Kelapa tacunan disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti  saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness).

Selain itu, tacunan menjadi pilihan kerana kualiti airnya dan juga khasiat kesihatan yang ada padanya.

Kelapa tacunan merupakan varieti yang popular ditanam di negara Indonesia dan Filipina, dua negara pengeluar utama kelapa di Asia Tenggara kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani.

Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!).

Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis.

Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm.

Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan mendapati berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram yang mana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar.

Kelapa dikenali pokok serba guna. Seluruh bahagian pokok tersebut dapat dimanfaatkan. Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya. Justeru, pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita. Namun begitu, Malaysia bukan negara pengeluar utama kelapa.  

Di Asia Tenggara, mendahulu carta pengeluar kelapa ialah Indonesia, diikuti Filipina dan tempat ketika Malaysia.

No comments:

Post a Comment