Sunday 31 March 2019

NEGARA PENGELUAR UTAMA KELAPA


Kelapa dikenali pokok serba guna. Seluruh bahagian pokok tersebut dapat dimanfaatkan. Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya. Justeru, pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita. Namun begitu, Malaysia bukan negara pengeluar utama kelapa.  

Di Asia Tenggara, mendahulu carta pengeluar kelapa ialah Indonesia dengan keluasan tanaman mencecah 3.8 juta hektar, kemudian diikuti Filipina yang mana keluasan tanaman kelapa di negara tersebut kira-kira 3.6 juta hektar. Berbanding Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014).

Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya.

Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk dikomersilkan iaitu varieti galas hijau dan varieti tacunan.

Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti  saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness).

Dari segi fizikal, kelapa galas hijau mempunyai bentuk seragam yang membulat dengan purata buah bersaiz besar, sabut yang tebal dan juga tahap keseimbangan pokok dipucuknya.  

Ia juga mempunyai batang yang kukuh di pangkalnya dengan batang bawah lurus, pertumbuhan yang lambat meninggi dengan warna mayang (peduncle) kekuningan atau kehijauan.

Pada para penanam kelapa dan pengguna, ramai memilih kelapa galas hijau dan tacunan kerana kualiti airnya dan juga khasiat kesihatan yang ada padanya.

Kelapa tacunan dan galas hijau ini merupakan varieti yang popular ditanam di negara tersebut kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani.

No comments:

Post a Comment