Saturday 30 March 2019

MEMBANTU SESAMA MAKHLUK


Tahukah anda apa yang dilakukan oleh lelaki di dalam gambar ini? Atau, apakah agaknya yang dilakukan oleh lelaki tersebut? Tentu ramai menyangka dia membuat teduhan untuk pokok yang daunnya semakin menjadi coklat dan akan gugur. Usaha itu untuk menyelamatkan pokok itu daripada mati.

Cerita sebenar di sebalik gambar tersebut ialah tindakan atau usaha lelaki tersebut untuk menyelamatkan atau memberi keselesaan kepada ibu burung ketitir yang sedang ramkan telurnya.

Burung ketitir itu mula membuat sarang di pokok tersebut ketika daun pokok masih hijau, Namun, pokok itu mati disebabkan musim panas dan ditambah pula baru sahaja dipindahkan ke tempat tersebut.

Akar-akar pokok itu belum dapat berfungsi sepenuhnya untuk menyerap air bagi meneruskan kelangsungan hidup di tempat baru.

Menyedari burung ketitir yang bertelur di situ memerlukan suasana yang lebih nyaman dan terlindung, maka lelaki tersebut yang juga bekas seorang guru, kini mengusahakan ladang buah-buahan, membuat teduhan untuk burung ketitir.

Semoga burung ketitir itu dapat menyempurnakan tugas mengramkan telur dan menetas melahirkan generasi baru yang bakal melengkapkan ekosistem di kebun buah-buahan.

Semoga usaha murni lelaki itu bakal diganjari pahala kebunnya mengeluarkan buah yang banyak pada masakan akan datang. Amin.

No comments:

Post a Comment