Saturday 30 March 2019

Gambar Lt Adnan sebelum perang meletus

Gambar pada 1937. Sebelum perang dunia kedua meletus. Ketika ini Lt Adnan (kanan) berpangkat CQMS (Company Quartermaster Sergeant). Sebelah beliau merupakan Bintara Muda Mohamed Bin Yunos, Navy British berpangkalan di Singapura. 

Mereka merupakan insan istimewa yang terpilih untuk menghadiri majlis pertabalan  King George VI di England di mana sekarang merupakan ayahanda kepada Queen Elizabeths.

Pada petang hening, 14 Februari 1942 sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.

Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda balas dendam dan marah kerana anak muda berpangkat leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani. 
 
Hanya maut yang membuatkan mereka berhenti daripada mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.

Lehernya dikelar dan isi perutnya terburai dimamah bayonet tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Terima kasih atas jasa kalian berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah terakhir. Semoga roh para pejuang ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Kisah pertempuran di Pasir Panjang

No comments:

Post a Comment