Monday 15 July 2019

RESIPI KUIH TOPI CUCUR JAWA

Kuih topi atau juga dipanggil cucur topi antara jenis kueh yang terkenal di Kelantan. Kuih topi juga dikenali dengan nama cucur jawa memang menjadi kegemaran ramai kerana tekstur kuih itu yang garing di tepi dan lembut di tengah.

Bahan-bahan diperlukan:
- 2 cawan tepung beras.
- 2/3 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula (boleh dikurangkan jika tidak suka manis).
-  secubit garam.
- air 1 cawan lebih skit jer...

Cara menyediakan:
- Kacau semua bahan-bahan tadi hingga sebati.
- Pakai senduk ditenyeh sambil membulat.
- Ulang banyak kali.
- Lepas itu dibiarkan semalaman.
- Esok boleh digoreng.

Cara menggoreng:
- Masukkan 200ml minyak masak ke dalam kuali.
- Pastikan minyak betul-betul panas dengan api sederhana.
- Sendukkan adunan ke dalam kuali (sedikit sahaja)
- Apabila adunan telah rata, terbalikkan dengan menggunakan penyepit.
- Adunan akan mula menggelembung di bahagian tengah seperti topi.
- Apabila sekeliling kuih mula nampak kekuningan, angkat dan toskan.
- Untuk memasukkan adunan seterusnya, pastikan minyak telah betul-betul panas (ambil masa kira-kira 7 saat selepas diangkat yang sebelumnya.
- Kuih topi akan betul-betul rangup selepas sejuk.


No comments:

Post a Comment