Thursday 8 August 2019

CARA ELAK KENCING MANIS

Kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. 

Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Bagaimana nak tahu sama ada kita ni ada kencing manis atau tak? Salah satunya ialah dengan mencurahkan air kencing sendiri ke tanah. Kemudian tunggu dan lihat ada tak semut yang mendekati kawasan tersebut. Jika ada, berkemungkinan kita menghidapinya.

Selain itu, terdapat beberapa tanda awal kencing manis iaitu;
- Berat badan turun secara mendadak
- Jika mengalami luka, ia lambat sembuh
- Kerap membuang air kecil
- Kerap rasa lapar dan dahaga
- Mengalami lemah otot
- Mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan
- Mudah letih atau asyik letih memanjang
- Nafas berbau manis
- Penglihatan menjadi semakin kabur

Cara mengelak kencing manis ialah elak makanan atau dikurangkan:
Gula.
- Manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat asli dalam kuantiti yang rendah).
- Semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
- Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu.
- Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit).
- Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa).
- Sos cili, sos tomato dan kicap.
- Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy.
- Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar). 

No comments:

Post a Comment