Isu air kotor dan karat mewarnai kehidupan
rakyat Kelantan. Lebih parah apabila ada yang tidak menerima bekalan air sehingga
berbulan-bulan lamanya.
Disebabkan sering terputus bekalan air
bersih, banyak rakyat Kelantan kini terpaksa beralih menggunakan atau mendapat
bekalan dari telaga tiub yang dibina sendiri. Jika tidak ada yang beralih
kepada telaga tiub, tentu sekali isu masalah bekalan air di Kelantan dilihat
lebih kritikal.
Sebaliknya, kerajaan Pas Kelantan sering
menafikan masalah tersebut. Namun, pada masa sama, pemimpin Pas Kelantan sering
menyalahkan kerajaan Pusat berkaitan masalah tersebut.
Bahkan, pemimpin Pas Kelantan menuding jadi
ke negeri lain untuk mempertahankan diri daripada kritikan mengenai kegagalan
membekalkan air bersih adalah memandulkan fikiran rakyat.
Seringkali dalam ceramah pemimpin Pas Kelantan
terutama dari Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah mencerca mereka
yang menimbulkan masalah bekalan air Kelantan, dan memandulkan fikiran rakyat
Kelantan dengan menyatakan negeri lain seperti Pahang, Pulau Pinang, Johor juga
hadapi masalah air.
Memang masalah bekalan air bersih juga
berlaku di negeri lain, tetapi data menunjukkan kadar kegagalan Kelantan paling
parah dan teruk. Liputan perkhidmatan bekalan air bersih di negeri lain mencapai
tahap sekurang-kurangnya hampir 100 peratus.
Manakala di Kelantan hanya mempunyai
liputan sekadar 65.4 peratus di bandar dan 80.8 peratus di luar bandar. Ini
bermaksud Kelantan hanya menjaga sedikit kawasan liputan bermasalah sepanjang
masa dan ia tidak sama dengan kawasan yang mempunyai 100 peratus liputan
capaian kepada bekalan air bersih.
Ini menunjukkan kadar purata liputan air bersih
bagi Kelantan adalah pada tahap 73 peratus berbanding negeri-negeri lain.
Negeri paling hampir dengan kadar purata Kelantan ialah Terengganu iaitu 96
peratus.
Pahang mencapai tahap 98 peratus, manakala
Pulau Pinang 99.9 peratus. Liputan bekalan air bersih di Johor pula berada pada
tahap 99.9 peratus.
Lebih parah ialah kadar air tidak berhasil
(NRW) di Kelantan pada 2021 adalah yang kedua tertinggi selepas Perlis iaitu
sebanyak 52.6 peratus. Sudahlah penghasilan air bersih melalui loji rawatan air
tidak banyak, kadar NRW pula tinggi. Jadi, yang dapat disalurkan kepada
pengguna amat sedikit berbanding yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment