Friday, 20 January 2017

Punca kejayaan tidak kekal

Kejayaan dan kemenangan tidak selamanya kekal dan diraih. Banyak ranjau yang perlu lalui dalam pelbagai keadaan, pelbagai cabaran dan pelbagai zaman. Allah menggilirkan kemenangan antara sesama manusia sebagai pengajaran kepada kita semua. 

Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 140 yang bermaksud: “Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar) dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan),"

"Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Inilah sunnatullah. Allah SWT menggilirkan kemenangan dan kekalahan sesama manusia. Hatta antara kaum muslimin dan musyrikin pun, Allah menggilirkan kemenangan dan kekalahan sebagai peringatan kepada orang-orang yang beriman.
  
Maka, dalam konteks perjuangan agama bangsa, kemenangan yang kita peroleh tidak boleh menjadikan kita angkuh, sombong dan selesa.

Cabaran terhadap perjuangan agama bangsa masih hebat, jalan yang perlu kita lalui masih berliku, ranjau di hadapan kita masih berduri. Maka, seluruh perjuang perlu ikhlas dan jujur dengan diri sendiri. Kaji adakah agama bangsa kita berada dalam keadaan yang selamat?

Sebagai pejuang yang toleran dan sederhana, kita perlu kerjasama dengan seluruh pihak lain untuk membina sebuah negara bangsa. Sesungguhnya, kita telah melahirkan sebuah ceritera perjuangan yang mampu dibanggakan. 

Namun, perlu diingat, apa yang diraih itu tidak dijamin keberkekalannya. Allah akan menarik kembali apa yang kita miliki jika alpha dan tidak bersyukur. 

Suasana perjuangan agama bangsa hari ini sudah banyak berubah. Di seluruh dunia, nasionalisme bukan lagi ideologi utama. Malah, banyak parti nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing telah berkubur. Selepas era perang dingin, liberalisme telah muncul sebagai ideologi yang dominan di seluruh dunia.

Di bawah lembayung ideologi baharu ini, idea-idea Barat mengenai demokrasi, kebebasan dan kesamarataan tersebar secara meluas, termasuk di negara-negara Asia. 

Sama ada kita sedar atau tidak, kebangkitan gerakan demokrasi liberal dan masyarakat sivil yang memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan mengikut neraca Barat telah memberi kesan yang besar kepada perjuangan agama bangsa. 

No comments:

Post a Comment