Friday, 20 January 2017

Bapa mentua tidak puas layanan menantu

Bapa mentua tidak puas layanan menantu. Itu dialami Pak Mat. Pak Mat adalah seorang pesara yang berumur 60 tahun.  
 
Namun kesihatan Pak Mat masih baik. Kalau disebut penyakit berbahaya, Pak Mat boleh dikatakan bernasib baik. Tidak ada penyakit kencing manis, gout, darah tinggi, jantung dan sebagainya,

Tenaganya masih kuat. Pandangan tetap jelas biarpun tanpa berkaca mata. Bak kata, Pak Mat lebih sihat berbanding rakan sebaya. Mungkin Pak Mat boleh dianggap masih dalam lingkungan umur 40-an. Masih kuat dan bertenaga. Itu kelebihan Pak Mat. 

Kesihatan yang baik itu mungkin hasil amalan dan cara hidup sihat yang diamalkan sejak usia muda lagi. Pak Mat berasasl dari kampung dan biasa mengamalkan petua dan tradisi kampung seperti makan ulam dan ubatan tradisional.  

Pak Mat juga tidak merokok. Padanya merokok adalah haram dan sia-sia. Merugikan wang dan berbahaya kepada kesihatan.

Sebenarnya Pak Mat kesunyian. Isterinya telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu. Kini Pak Mat tinggal bersama anak lelakinya, Abu yang berkerja sebagai jurutera pelantar minyak.

Abu telah berkahwin dengan Lina kira-kira lima tahun, namun belum dikurniakan cahaya mata. Lina bertugas sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Sudah menjadi rutin tugas Abu yang terpaksa bertugas di pelantar sehingga berminggu-minggu. Kalau tidak balik sehingga dua minggu itu sudah biasa. Kadang-kadang sebulan sekali baru dapat pulang di rumah.

Maka tinggalah Lina bersama dengan Pak Mat. Inilah punca konflik dalam rumah tangga Lina dan Abu.

Lina memang cantik dan menjadi perhatian semua lelaki. Tidak terkecuali Pak Mat. Namun Pak Mat sentiasa bersabar dan tidak mahu menghancurkan rumah tangga anaknya. Pak Mat tahan ghairah dan sekadar memerhati.

Namun pada satu hari, Pak Mat hilang sabar. Dia perlu berterus terang kepada Lina. Dia tidak mahu hanya sekadar melihat tanpa melakukan apa-apa. Sudah lama Pak Mat memendam rasa dan tidak puas. 

Hari itu Pak Mat nekad hendak meluahkan segala apa yang terbuku di hati dan hasratnya atau keinginannya. Biarlah apa kata menentunya nanti. Dia nekad apapun akan jadi. Apa yang penting hatinya puas.

Lina adalah isteri yang suka berpesta dan berpoya-poya setiap kali Abu bertugas di luar. Dia akan keluar berhibur sehingga larut malam. Kadang-kadang hingga tidak pulang langsung hingga beberapa hari dengan alasan bermalam di rumah kawan. Pak Mat telah lama perhatikan perkara itu.  

Memang sejak mula lagi Pak Mat ingin menasihatkan Lina agar tidak melakukan perbuatan itu. Namun, dia tidak mahu campur tangan urusan hidup anak menantunya. Jadi, dibiarkan saja perkara itu berlanjutan. 

Tetapi kini Pak Mat perlu melakukan sesuatu. Dia perlu menasihati Lina agar tidak melakukan perbuatan tidak elok itu. Perbuatan dan perangai Lina telah keterlaluan. Dia telah mempunyai hubungan terlarang dengan lelaki lain di luar.  

Abu telah berkongsi isteri dengan lelaki lain. Pak Mat tidak mahu Abu terus ditipu oleh Lina. Tubuh Lina yaang sepatutnya digomol dan dinikmati oleh Abu kini turut dikongi nikmat oleh lelaki lain. Lina isteri curang bermain kayu tiga. 


Jika tidak dihalang, tentu lagi menjadi-jadi. Pak Mat akan turut subahat dengan perkara itu jika tidak dihalang. Pak Mat mesti melaksanakan tugas dakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara buruk. Pak Mat melakukan tugas itu kerana ia berlaku di depan matanya dan melibatkan menantunya sendiri. 

Pak Mat perlu mencari keyakinan untuk menegakkan kebenaran. Abu tidak sepatutnya terus menjadi mangsa sikap pura-pura Lina. Pak Mat mula menjadi lelaki tidak puas selagi tidak menyatakan apa yang terbuku di hatinya. Pak Mat tidak mahu berterusan menjadi bapa mertua yang tidak puas dan dayus melihat sikap menantunya. 

No comments:

Post a Comment