Contoh kertas cadangan
atau proposal. Pelajar pusat pengajian tinggi perlu sedia kertas cadangan atau
proposal projet untuk kursus kajian. Biasa dibuat pada tahun akhir pengajian. Permasalahan timbul, banyak pelajar tidak faham tujuan atau
bentuk kertas cadangan.
Di
sini dijelaskan apa itu kertas cadangan. Ia adalah penyataan
ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki. Proposal
mengandungi sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili atau
berkaitan dengan permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan kaedah
yang akan digunakan.
Kertas
cadangan biasanya mengandugi:
-
Pendahuluan.
-
Takrifan/Penyataan masalah/Isu kajian.
-
Tujuan/Objektif.
-
Sorotan/tinjauan/susastera.
-
Teori dan definisi konsep.
-
Implikasi kajian. Adakah kajian ini relevan/ signifikan/penting/memberi faedah.
-
Kesimpulan.
-
Rancangan Penyelidikan
-
Rujukan
Kertas cadangan tidak perlu
panjang. Cukup sekadar lima hingga tujuh muka surat. Paling panjang pun 10 muka
surat. Bahkan ada yang menyediakan kertas cadangan sekadar empat muka surat.
Yang penting ia padat, jelas dan difahami pihak yang akan meluluskan.
Disertakan contoh ringkas untuk
dijadikan garis panduan mudah kepada pelajar yang ingin menyediakan kertas
cadangan.
PERSEPSI, TAHAP PENGETAHUAN DAN PENERIMAAN UMAT ISLAM
DI KOTA BHARU TERHADAP TAKAFUL
Pendahuluan
Sekarang
ini kos rawatan bagi pesakit mengalami penyakit kronik mencecah puluhan dan
ratusan ribu ringgit. Jumlah itu tentunya terlalu besar dan tidak mampu
disediakan oleh golongan menengah dan lebih-lebih lagi golongan miskin.
Bagaimana
hendak mencari wang dalam keadaan diri mengidap penyakit kronik. Dalam banyak
kes, pengidap penyakit kronik tidak mampu untuk mengurus diri sendiri, inikan
pula hendak bekerja mencari wang untuk kos rawatan dan perbelanjaan harian.
Disebabkan
tidak mampu menyediakan wang yang secukupnya, banyak pesakit tidak mendapat
rawatan sewajarnya dan terpaksa menanggung penderitaan sehingga menemui ajal.
Kos rawatan yang disediakan kerajaan tidak meliputi semua kos rawatan dan tidak
menyediakan sepenuhnya mengikut apa diperlukan rakyat.
Masalah
kewangan ini dapat diatasi sekiranya seseorang itu menyertai skim takaful.
Peserta atau pemegang polisi takaful dijanjikan dengan bayaran pampasan dalam
bentuk kewangan bagi risiko-risiko tertentu seperti kemalangan, kecacatan
kekal, kematian, rawatan penyakit berbahaya dan rawatan hospital.
Latar Belakang Kajian
Secara
amnya, masyarakat Islam di negara kita masih banyak yang tidak memahami secara
mendalam hubungan dan penerimaan Islam berkaitan insurans. Kebanyakan orang
Islam di negara kita tidak menyertai mana-mana skim insurans disebabkan
berpendapat insurans diasaskan oleh bukan Islam dan bertentangan dengan hukum
syarak.
Sebenarnya
insurans atau takaful bukan perkara baru. Amalan ini telah diamalkan pada
zaman Nabi Muhammad SAW sejak lebih 1400 tahun lalu. Dengan kata lain, ada asas
dan panduan telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW berkaitan dengan takaful
untuk diamalkan.
Berdasarkan
konsep tersebut, para ulama telah mengkaji dan menghalusi perjalanan insurans
moden dalam menentukan hukum berdasarkan kaedah am syariat Islam. Kajian
dan perbincangan dilakukan para ilmuan Islam telah membawa kepada lahirnya
takaful. Mengikut Kamus Dewan, takaful ditakrifkan sebagai insurans yang
didasarkan pada atau yang mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam.
Umat
Islam wajar menyedari dan memahami kepentingan takaful untuk satu instrumen
pengurusan kewangan dan mendepani risiko yang terpaksa dihadapi dalam kehidupan
seharian.
Alhamdulillah,
di Malaysia walaupun kadar keterlibatan umat Islam dalam takaful masih kecil,
tetapi perkembangan terkini mendapati bilangannya meningkat dengan ketara.
Paling ketara jumlah yang beralih memilih takaful berbanding insurans
konvensional amat membanggakan.
Menginsafi
dan menyedari perkara ini amat penting, setelah memikir secara mendalam dan
berbincang secara ilmiah, maka penyelidik mengambil keputusan untuk membuat
satu kajian, penilaian dan mengumpul statistik mengenai Persepsi, Tahap
Pengetahuan dan Penerimaan Umat Islam Di Kota Bharu Terhadap
Takaful.
Kajian
ini akan merangkumi sejarah atau pengenalan mengenai takaful, konsep
takaful, amalan takaful dan sumbangan takaful kepada perkembangan kewangan
Islam.
Turut
akan dibincangkan ialah produk takaful dan prospek takaful. Tidak ketinggalan
perbandingan takaful dengan insurans konvensional.
Penyelidik
berhasrat untuk mencungkil instrumen ekonomi Islam seterusnya membawanya ke
dalam masyarakat sebagai satu wadah untuk menyelesaikan pemasalahan ekonomi
masyarakat Islam.
Pernyataan Masalah
Satu
kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kesedaran terhadap
kepentingan takaful bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari
masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang.
Hasil
kajian ini mendapati bahawa pemilihan terhadap takaful masih kurang.
Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takuful adalah
masih di tahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah
diketahuilebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan
dengan insurans konvensional.
Menurut
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Tahunan Takaful 2005, merekodkan
caruman bersih takaful keluarga dan takaful am mencecah RM1.3 bilion. Jumlah
itu sentiasa meningkat setiap tahun selaras kepercayaan masyarakat terhadap
institusi takaful. Peningkatan caruman takaful berkembang sekitar 15 peratus
setahun, biarpun dalam keadaan ekonomi tidak menentu seluruh dunia.
Manakala
statistik tahun 2008 yang dikeluarkan oleh BNM menyaksikan industri takaful
terus menunjukkan perkembangan yang positif. Dari segi aset Takaful Keluarga
pada tahun 2008 mencatatkan RM8.9 bilion berbanding RM7.44 bilion pada tahun
2007. Bagi Takaful Am pada tahun 2008 mencatatkan sebanyak RM1.7 bilion
berbanding RM1.37 bilion pada tahun 2007.
Daripada
segi sumbangan diperoleh bagi kedua-dua sektor juga mencatatkan pertumbuhan
iaitu sebanyak lebih kurang 18 peratus. Penguasaan pasaran dari sudut sumbangan
bersih juga menunjukkan pertumbuhan iaitu lebih kurang 10 peratus pada tahun
2008 berbanding 8.7 peratus pada tahun 2007. Pasaran dari sudut aset pula
meningkat daripada 6.7 peratus pada tahun 2007 kepada 7.5 peratus pada tahun
2008.
Industri
takaful di Malaysia bermula pada tahun 1984 dengan sebuah takaful sebagai
perintis, kini di Malaysia terdapat 12 buah syarikat pengendali takaful. Apa
yang menariknya, 10 daripada 12 syarikat yang menjadi pengendali takaful di
Malaysia adalah melibatkan penyertaan syarikat insurans yang berpengalaman
dalam insurans konvensional. Manakala tujuh pengendali takaful adalah anak
syarikat kepada syarikat insurans terkenal di luar negara yang mempunyai
pengalaman luas.
Perkembangan
ini tidak wajar dilihat pada bilangan pengendali takaful saja. Apa yang penting
ialah bilangan pemegang polisi dan jumlah sumbangan atau bayaran premium yang
berjaya dikumpul.
Berdasarkan
kepada laporan itu, jelaslah kepada kita penyertaan masyarakat Islam di dalam
skim perlindungan takaful adalah kurang.
Signifikin Kajian
Kajian
ini dilihat perlu dilakukan untuk mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan dan
penerimaan umat Islam terhadap takaful. Urusan takaful kini semakin penting
dalam kehidupan masyarakat kompeleks yang terdedah dengan pelbagai
ketidaktentuan risiko.
Hasil kajian diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti pengendali takaful bagi mempertingkatkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Manakala, pihak berkuasa pula dapat menggunakannya dalam menentukan hala tuju industri takaful negara.
Hasil kajian diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti pengendali takaful bagi mempertingkatkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Manakala, pihak berkuasa pula dapat menggunakannya dalam menentukan hala tuju industri takaful negara.
Selain
itu, diharapkan juga kajian ini dapat memberi maklumat kepada masyarakat dengan
lebih terperinci berkaitan takaful dan produk yang ditawarkan oleh pengendali
takaful. Diharapkan persepsi salah orang Islam di Malaysia dapat diperbetulkan
dan seterusnya bersama-sama menjayakan sisterm ekonomi berasaskan Islam ini.
Di
samping itu, kajian ini juga bertujuan mendedahkan orang Islam kepada instrumen
ekonomi yang selama ini telah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi bukan Islam
di negara kita, khusus orang Cina yang menjadi insurans sesuatu yang ‘wajib’
untuk setiap individu dan harata mereka diinsuranskan.
Tujuan Kajian
Kajian
ini diharapkan dapat menemukan fakta penting mengenai Persepsi, Tahap
Pengetahuan dan Penerimaan Umat Islam di Kota Bharu Terhadap Takaful. Dapatan
itu nanti diharapkan juga sama ada releven dengan kehidupan penduduk Kota Bharu
yang dianggap lebih islamik berbanding tempat-tampat lain di
Malaysia. Ini memandangkan takaful dikaitkan dengan tuntutan Islam.
Objektif Kajian
-
Merungkai secara kefahaman masyarakat mengenai takaful dan kepentingannya.
-
Mengetahui sebab-sebab orang Islam memilih takaful.
-
Mengetahui tahap pengetahuan orang Islam perbezaan antara takaful dan insurans
konvensional.
-
Mencari dan mengumpul statistik mereka yang memilih takaful dan insurans
konvensional.
-
Melihat sejauhmanakah kesan-kesan penerapan dasar Islam yang diamalkan oleh
kerajaan.
Skop Kajian
Kajian
akan dibuat dengan penglibatan 100 responden beragama Islam yang tinggal di
Kota Bharu yang terdiri pelbagai peringkat umur, jantina, status perkahwinan,
tahap pendidikan dan jenis pekerjaan. Rasional pemilihan itu adalah untuk
melihat perkembangan secara menyeluruh dan bukan sekadar mengambil kelompok
tertentu sahaja.
Setiap
penyelidikan yang dibuat memerlukan kepada sasaran dan ia boleh
diklasifikasikan sebagai lokasi kajian, subjek kajian serta bahan-bahan yang
hendak dikaji. Justeru, kajian akan dapat mencari maklumat dengan lebih
terperinci dan khusus. Ini penting kerana terdapat perkara yang hendak dikaji
berada dalam ruang lingkup yang lebih khusus.
Pemilihan
ini amat besesuaian berdasakan kepada kajian lebih menekankan kepada persepsi,
tahap pengetahuan dan penerimaan umat Islam terhadap takaful. Perkara ini perlu
untuk memberi gambaran lebih jelas mengapa tahap penerimaan umat Islam terhadap
takaful masih rendah.
Kajian
juga akan melihat sejauh mana cara pengurusan, produk dan pemasaran dilakukan
oleh syarikat takaful untuk bersaing dengan insurans konvensional yang telah
terkenal dan lebih teguh.
Subjek
yang ditekankan di dalam kajian turut mendapatkan jawapan mengapa seseorang
memilih polisi takaful. Adakah ia semata-mata kerana ingin mencari produk halal
dan mematuhi syariat, atau ada perkara lain yang turut menjadi faktor menarik
minat kepada produk takaful itu.
Hipotesis Kajian
Melalui penyelidikan
ini, penulis telah membuat andaian bahawa terdapat beberapa persepsi
orang Islam terhadap takaful. Selain itu andaian lain ialah mengenai tahap
pengetahuan mereka mengenai takaful. Hasil kajian nanti juga diharapkan dapat
mengenalpasti sejauh mana penerima umat Islam terhadap takaful.
Secara
umumnya, takaful juga termasuk dalam urusan muamalat. Biarpun tidak ada
‘barang’ diniagakan, tetapi perkhidmatan yang disediakan termasuk daripada
urusniaga. Seperti kita sedia maklum, urusan muamalat merupakan antara urusan
terpenting yang melibatkan hubungan sesama manusia. Manusia saling bergantung
untuk mendapatkan barangan, keperluan dan perkhidmatan yang disediakan.
Di
sini juga penyelidik beranggapan bahawa ada sesetengah masyarakat khususnya di
kawasan kajian yang masih lagi tidak memahami mengenai takaful yang semakin
diperlukan untuk berdepan cabaran hidup masa kini. Mereka perlu diperjelaskan
mengenai perbezaan takaful dan insurans konvensional.
Justeru
itu, penyelidik berharap dengan hipotesis inilah yang akan menjadi landasan
kukuh kepada penyelidik dalam menyelesaikan dan menyiapkan kajian ilmiah
ini di bawah tajuk Persepsi, Tahap Pengetahaun dan Penerimaan Umat Islam di
Kota Bharu Terhadap Takaful.
Limitasi Kajian
Kajian
ini hanya akan dijalankan melibatkan penduduk Islam yang tinggal di bandar Kota
Bharu, tanpa mengira sama ada mereka memiliki polisi perlindungan atau tidak.
Justeru, kajian ini mungkin tidak mewakili penduduk di kawasan lain di
Kelantan, mahupun di seluruh Malaysia.
Kajian
ini hanya akan terbatas kepada mereka yang bersedia untuk menjawab soalan
kajiselidik yang diberikan kepada mereka.
Bagaimanapun,
diharapkan hasil kajian ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai persepsi,
tahap pengetahuan dan penerimaan umat Islam terhadap takaful yang boleh
dimanfaatkan untuk umat Islam dan industri takaful secara keseluruhannya.
Kesimpulan
Diharapkan
kajian ini akan dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan untuk menjadikan
penulisan ini sebagai bahan rujukan untuk memperluaskan pasaran produk takaful
dan menarik minat orang Islam memiliki polisi takaful.
Umat
Islam perlu diperjelaskan mengenai instrumen kewangan yang sesuai berdasarkan
kepada tuntutan syariah. Sekarang, pakar kewangan dan ulama sentiasa berganding
bahu bagi memastikan setiap instrumen kewangan yang ditawarkan kepada umat
Islam agar memenuhi seperti mana yang disyariatkan.
Rujukan:
Semoga
contoh ringkas ini dapat membantu pelajar untuk menyediakan kertas cadangan
atau proposal.
No comments:
Post a Comment