Sepanjang bulan Ramdan, siaran
televisyen dan radio tidak ketinggalan menyiarkan waktu berbuka puasa dan
imsak. Apa maksud waktu imsak? Ada pendapat mengatakan
selepas waktu imsak kita tidak boleh lagi makan atau minum? Betulkah begitu?
Sebenarnya waktu imsak bukan waktu permulaan berpuasa.
Waktu permulaan berpuasa atau ditegah
melakukan perkara membatalkan puasa bemula apabila terbit fajar atau bermula
waktu sembahyang subuh.
Dengan kata lain, sesiapa masih makan
dan minum selepas waktu imsak dikira tidak batal puasanya, melainkan dia terus
makan apabila terbit fajar atau masuk waktu sembahyang subuh.
Waktu imsak dianggap sebagai lampu
isyarat kuning, yang mana lebih elok kita berhenti. Bagaimanapun, tidak menjadi
kesalahan jika masih meneruskan perjalanan selagi lampu merah menyala.
Waktu imsak tidak dijelaskan oleh
Rasulullah SAW mengenainya. Bagaimanapun terdapat hadis (berdasarkan perbuatan)
sahih menceritakan perkara itu.
Baginda dikatakan mulai imsak sebelum subuh. Ini untuk bercermat dalam soal ibadat. Baginda mulakan imsak sebelum azan subuh dalam tempoh lebih kurang bacaan al-Quran sebanyak 50 ayat.
Baginda dikatakan mulai imsak sebelum subuh. Ini untuk bercermat dalam soal ibadat. Baginda mulakan imsak sebelum azan subuh dalam tempoh lebih kurang bacaan al-Quran sebanyak 50 ayat.
Jadi ulama kita hari ini merangka
jalan untuk menyenangkan orang ramai dengan mengira bacaan Rasulullah 50 ayat
itu selama lebih kurang 10 minit sebelum subuh. Ia sebagai persediaan awal
untuk berpuasa dan mengelak perasaan ragu-ragu mengenai waktu terbit
fajar. Sebab itulah ulama menetapkan masa imsak lebih kurang 10 minit
sebelum azan.
Ada pihak mempertikaikan mengenai
penantuan waktu imsak yang dianggap mengelirukan umat Islam mengenai waktu mula
berpuasa. Perkara ini tidak jadi keliru jika kita belajar mengenainya.
Penetapan waktu imsak boleh dikiran
sebagai uruf atau kebiasaan yang diamalkan sesuai dengan amalan
Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berhenti makan dan sebagainya
sebelum azan subuh dan masa antara keduanya itu baginda sempat membaca al-Quran
lebih kurang 50 ayat.
Jadi eloklah kita melakukan imsak dalam
masa 10 minit sebelum subuh, barulah semuanya dapat dilakukan dengan sempurna
dan selesa iaitu ada masa membersih mulut, gigi, dan membersih pinggan
mangkuk.
Apabila muazin sudah mengalunkan azan sedangkan makanan masih penuh dalam mulut, tentu keadaan kelam kabut dan ini boleh membatalkan puasa tersebut.
Apabila muazin sudah mengalunkan azan sedangkan makanan masih penuh dalam mulut, tentu keadaan kelam kabut dan ini boleh membatalkan puasa tersebut.
Untuk
elakkan daripada terlajak, adalah lebih baik kita berhenti makan sahur semasa
waktu imsak.
Mazhab Shafie dan
mazhab jumhur tidaklah mewajibkan imsak sebelum terbit fajar ini, hanya kita memandang
sunat dan afdhal untuk berhenti sahur kira-kira 10 – 15 minit sebelum terbit
fajar.
No comments:
Post a Comment