Sunday 15 January 2017

Pueraria mirifica khasiat untuk wanita

Khasiat Pueraria Mirifica khusus untuk wanita di Asia Tenggara sebagai bahan anti penuaan. Lagenda mengatakan akar ini “punca keremajaan” bagi wanita dan lelaki yang sudah berusia, sebagai agen anti kedutan bagi kulit yang tua dan berkedut, menghitamkan serta melebatkan rambut, mengatasi masalah katarak, menguatkan daya ingatan, meningkatkan tenaga, melancarkan sistem perjalanan darah, meningkatkan selera makan dan mengatasi masalah tidur. 

Mirifica bermaksud ‘Miracle’ (ajaib) dalam bahasa Latin. Terdapat lebih dari 13 spesis bagi Pueraria yang mempunyai akar yang sama, ia berbeza dari segi sifat taxonomical daun, bunga, tunas, buah, dan trichomes yang menutup.

Pueraria Mirifica atau dikenali sebagai phytoestrogen (hormon estrogen yang diambil dari tumbuh-tumbuhan) telah ditemui mengandungi banyak jenis estrogen (hormon wanita) adalah herba yang paling bersifat estrogen. 

Seperti  miroestrol, deoxymiroestrol, daidzein, genistein, genistin, dan coumestrol. Bahan-bahan unik ini mempunyai nilai yang sama dengan hormon wanita (estrogen).

Peuraria Mirifica mempunyai aktiviti estrogen yang paling tinggi berbanding phytoestrogen yang lain, kerana ia mempunyai persamaan dengan struktur hormon manusia. 

Miroestrol juga penting untuk melancarkan peredaran darah dan percambahan tisu baru serta memberikan nitrisi yang cukup untuk kulit. Oleh itu, kawasan yang disapu dengan produk ini akan menjadi tegang dan kelihatan lebih muda.

Penggunaan Pueraria Mirifica untuk pembesaran dan menegangkan payudara telah dibuktikan secara klinikal dalam kajian keatas wanita pra-menopaus selama 2 bulan.      

Secara umumnya, kajian Pueraria Mirifica sebagai makanan tambahan atau berfungsi sebagai produk makanan dan kosmetik, atau dalam  bentuk lainnya, telah memberikan kesan estrogen yang memberangsangkan terhadap pengguna atau responden. Kulit dan rambut mereka lebih sihat, payudara lebih cantik dan menawan.

Pueraria Mirifica mengandungi phytoestrogen, secara relatifnya ia mengurangkan tanda-tanda penuaan dalam premenopaus di kalangan wanita. Kesimpulannya Pueraria Mirifica menjanjikan rawatan yang terbaik terhadap tanda-tanda penuaan dikalangan wanita premenopaus.

Commiphora.  Diekstrak dari akar pohon ubatan Ayurvedic yang dipanggil ‘Commiphora mukul’ juga memberikan kesan yang tidak kurang hebatnya. Resin Commiphora Mukul adalah ekstrak dari pohon Guggul (Commiphora mukul), sejenis pohon renek yang mudah ditemui di India. 

Getah dari pohon Guggul ini telah digunakan dalam perubatan tradisional ayurvedic India semenjak kurun ke 6 sebelum masihi terutama untuk meningkatkan metabolisme.

Penggunaan Commiphora Mukul Resin adalah merupakan trend terbaru dalam teknologi kosmetik, terutama bagi tujuan  ‘Super plumping effects’. 

Ekstrak Commiphora Mukul Extract berupaya untuk merangsang lipogenesis (fatty acid synthesis), menyebabkan terbentuknya triglycerides, yang akhirnya terkumpul di sel adipose (fat cells) kulit. 


Hasilnya sel adipose akan membesar. 
Boleh digunakan pada sebarang peringkat usia, ekstrak Commiphora Mukul bertindak terus ke atas adipocytes dengan menambahkan isipadunya, dan tindakbalas ini tidak melibatkan hormon. 

Penggunaan dalam 30 hari pertama perlu digunakan 2 kali setiap hari, kemudian ia boleh digunakan sekali sehari. Penggunaan yang tidak konsisten akan memberikan kesan ke bentuk asal. Untuk mendapatkan bentuk yang ideal, ia perlu digunakan secara berterusan.

Dr. Patrician Mattos (2009), pengamal perubatan, telah melakukan beberapa testimoni klinikal keatas produk ekstrak Commiphora Mukul. Keputusan menunjukkan satu pergerakan yang unik dan pertambahbaikan dalam analisis. 

Produk ini tidak menukar saiz payudara secara kekal, tetapi merangsang sel lemak menghasilkan timbunan lemak sebanyak 2cm-4cm lebih daripada saiz biasa. Ia juga menggalakkan sel untuk mempelbagaikan saiz.

Sebagai produk yang berasaskan herba dari ‘alam semulajadi, ia boleh digunakan oleh wanita dari semua peringkat usia, kerana ia tidak bertindak memberi tindak balas hormon kepada kulit, tetapi ia mengumpulkan lemak. Walaubagaimanapun tindak balas adalah berbeza bergantung kepada tindakbalas tubuh badan seseorang. 

Perlu diingati, Commiphora Mukul Resin dasarnya meransang sel. Oleh itu, ia perlu digunakan secara berterusan walaupun saiz yang dikehendaki tercapai, kerana penggunaan yang tidak konsisten akan menyebabkan kehilangan saiz tersebut.

No comments:

Post a Comment