Nasib
Islam di Malaysia. Slogan perjuangan untuk Islam semakin berkubur dan lenyap. Mereka sanggup lakukan apa saja. Sanggup ketepi perjuangan asal. Tidak fikir tentang siapa dijatuhkan dan siapa pula akan naik dan lebih
berkuasa.
Perjuangan demi kuasa kini menjadi lebih penting. Tidak kisah
berkerjasama dengan siapa. Tidak kisah tentang kedudukan orang Islam di
Malaysia.
Kebanyakan mereka ini tinggal di bandar termasuk generasi muda
yang kurang memahami istilah keperitan hidup seperti dilalui nenek moyang
mereka. Sedangkan masyarakat kampung masih merupakan kelompok terbesar yang
masih mementingkan perjuangan demi Islam.
Mungkin dalam benak pemikiran anak-anak muda ini, `melawan arus’
adalah suatu tindakan murni. Mereka bangga melakukannya. Namun, tidak memahami
apakah makna sebenar perjuangan dalam konteks sebuah negara bangsa itu sendiri.
Mengambil contoh negeri Pulau Pinang dan Selangor serta bandar
besar di Malaysia, apakah jaminan untuk orang Islam terus menikmati kejayaan
yang sepatutnya diraih oleh penganut agama terbaik dan diredai Allah?
Islam terus terpinggir di Malaysia disebabkan perpecahan sesama
Islam. Orang Islam hilang keyakinan kepada orang Islam sendiri. Orang
Islam lebih suka berkawan dan berkerjasama dengan bukan Islam.
Melihat nasib orang Islam di Malaysia sekarang, wajarkah kita
meletakkan harapan setinggi gunung nasib akan berubah apabila diperintah bukan
Islam? Dibimbangi ialah pepatah lama `yang dikejar tak dapat, yang dikendong
keciciran’ akhirnya menjadi kenyataan.
Pulau Pinang semakin pesat membangun, tetapi untuk siapakah
sebenarnya pembangunan tersebut? Di manakah kedudukan orang Islam Pulau Pinang
kini?
Keadaan sama berlaku di Selangor. Hinggakan di mana sahaja ada
kawasan lapang walaupun sebelum ini disediakan untuk tujuan rekreasi, terpaksa
dikorbankan kononnya atas nama kemajuan. Kepentingan rakyat telah diketepikan
demi memenuhi tuntutan syarikat-syarikat besar dan kaya-raya.
Di Kelantan sekarang ini banyak bangunan dimiliki bukan
Islam. Kawasan berhampiran masjid kini banyak didirikan kondominium yang
dimiliki oleh bukan Islam.
Itu bukan satu dakwah untuk bukan Islam memilih Islam. Biarpun tinggal berpuluh tahun berhampiran masjid, mereka tetap tidak menerima Islam sebagai agama anutan. Jadi, apa alasan mengorbankan kawasan berhampiran masjid untuk diserahkan sebagai tempat tinggal bukan Islam?
Itu bukan satu dakwah untuk bukan Islam memilih Islam. Biarpun tinggal berpuluh tahun berhampiran masjid, mereka tetap tidak menerima Islam sebagai agama anutan. Jadi, apa alasan mengorbankan kawasan berhampiran masjid untuk diserahkan sebagai tempat tinggal bukan Islam?
Orang Islam perlu bersatu membentuk kuasa Islam di
Malaysia. Jangan korbankan kuasa dimiliki Islam Malaysia sekarang
semata-mata demi kuasa. Pelajarilah kisah bagaimana kejatuhan kerajaan
Islam Andalusia.
Perpecahan di kalangan umat
Islam digunakan sebaiknya oleh pihak Kristian Sepanyol, mereka menawarkan
bantuan kepada Khalifah untuk mengalahkan ahli keluarganya sendiri.
Ferdinand dan Isabella, daripada dua kerajaan yang kuat di Sepanyol, berkahwin dan membentuk satu kerajaan yang jauh lebih besar dan hebat. Perkahwinan mereka bervisikan untuk merampas empayar Islam di Andalusia.
Ferdinand dan Isabella, daripada dua kerajaan yang kuat di Sepanyol, berkahwin dan membentuk satu kerajaan yang jauh lebih besar dan hebat. Perkahwinan mereka bervisikan untuk merampas empayar Islam di Andalusia.
Pada ketika orang Kristian bersatu dan berpadu tenaga untuk mengalahkan kerajaan Islam, lain pula kisahnya di pihak Islam. Mereka saling bertelagah dan berpecah, merebut kuasa.
Kerajaan Kristian menghulurkan bantuan kepada khalifah. Akhirnya khalifah menang, namun yang tinggal padanya hanya kota Granada, sedang wilayah-wilayah lain semua jatuh ke tangan Ferdinand dan Isabella.
Khalifah sangkakan, Ferdinand dan Isabella akan biarkan beliau untuk memerintah dan mentadbir kota Granada, namun beliau silap. Rupanya beliau hanya dipergunakan oleh mereka untuk memudahkan laluan Kristian sepanyol menguasai Andalusia.
Ferdinand, Isabella dan barisan tentera mereka mengepung kota Granada dan memaksa Khalifah menyerahkan Granda kepad mereka. Kerana tidak mampu untuk bertahan, Khalifah akur. Kunci Granada diserahkan, bersama perjanjian bahawa Kerajaan Kristian Sepanyol akan menjaga hak dan kebajikan umat Islam.
Tidak sampai setahun, perjanjian itu dilupuskan. Umat Islam dipaksa memeluk Kristian, atau mereka akan diseksa secara perlahan-lahan sehingga ajal menjemput.
Itulah tragedi yang menimpa negara Islam. Andalusia yang dahulunya masyhur dibawah naungan Islam. Bahkan Kristian dan Yahudi juga hidup aman dan bahagia dibawah pemerintahan Islam dengan hanya membayar jizyah. Namun hancur musnah dengan mudah dek kelemahan di pihak umat Islam itu sendiri.
Pada hari ini, jika kita memyelusuri kota Andalusia, yang tinggal hanya bekas-bekas masjid yang telah ditukar menjadi gereja.
Situasi sama berlaku pada umat Islam di
Malaysia sekarang. Islam berpecah sesama sendiri dan demi kuasa ada yang
berkerjsama dengan Kristian untuk menumbangkan kuasa Islam. Mereka lebih
pentingkan kuasa berbanding kedudukan agama. Semoga apa yang berlaku di
Andalusia dulu tidak berulang di Malaysia.
No comments:
Post a Comment