Malaysia destinasi utama penyenaraian pilihan bon-bon Islam di
kalangan penerbit tempatan dan antarabangsa. Malaysia peneraju pasaran global
sukuk dengan lebih 60 peratus penyenaraian dibuat di Malaysia, sekali gus
menjadikannya penerbit terbesar di dunia.
Penglibatan
pasaran kredit bagi majoriti negara-negara Islam yang kukuh dalam sistem
perbankan Islam dikuatkan faktor struktur pengawas selia yang kukuh dan
sokongan kerajaan bagi kewangan Islam.
Terbitan sukuk secara amnya dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional, perbadanan asing dan agensi pelbagai bidang seperti perbadanan kewangan antarabangsa, Bank Dunia dan bank pembangunan Islam.
Terbitan sukuk secara amnya dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional, perbadanan asing dan agensi pelbagai bidang seperti perbadanan kewangan antarabangsa, Bank Dunia dan bank pembangunan Islam.
Istilah
sukuk atau juga dikenali sebagai bon Islam sebenarnya berasal dari bentuk jamak
dari bahasa Arab iaitu 'sakk' atau membawa maksud sijil, cek dan
instrumen undang-undang. Secara ringkasnya sukuk didefinisikan sebagai sijil
bernilai sama yang merupakan bukti kepemilikan yang tidak dibahagikan atas
suatu aset, hak manfaat dan jasa-jasa atau kepemilikan atas projek atau
kegiatan pelaburan tertentu.
Pada
prinsipnya sukuk adalah obligasi atau kewajipan konvensional berupa aplikasi
konsep imbalan dan tanpa faedah melalui transaksi pendasar terhadap jumlah
tertentu aset yang menjadi asas penerbitan sukuk dan wujudnya akad atau
perjanjian antara pihak-pihak berdasarkan prinsip-prinsip syariah yakni
instrumen kewangan yang bebas riba, gharar dan judi.
Sukuk
secara umumnya mempunyai keistimewaan dan faedahnya yang tersendiri di mana
mampu dilonjakkan sebagai sumber pembiayaan negara dan dalam, masa yang sama
mengembangkan sistem kewangan Islam dalam aspek sebagai alternatif kepada
instrumen pelaburan konvensional. Sukuk juga mampu menjadi landasan terbaik ke
arah perluasan dana masyarakat umum yang bebas riba.
Jualan sukuk
dijangka mewujudkan lebih banyak kecairan dalam pasaran dan membantu memastikan
kestabilan sumber dana-dana bagi syarikat-syarikat yang mahu membiayai semula
hutang dan meluaskan operasi mereka. Peningkatan
penerbitan itu akan diterajui oleh syarikat-syarikat infrastruktur dan utiliti
menggunakan kupon sebagai cara memperoleh pembayaran daripada aset-aset yang
disandarkan.
Terdapat beberapa jenis
portfolio sukuk seperti ijarah atau sewaan melalui penyewaan hak manfaat atas
suatu aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan jangka waktu yang
dipersetujui bersama. Manakala Sukuk Mudharabah pula adalah persetujuan untuk
bekerjasama di antara pemodal dan pelabur.
Sukuk Musyarakah pula adalah medium kerjasama dua pihak dengan menggabungkan modal untuk sebuah platform pelaburan tertentu dan seterusnya Sukuk Istisna yang merangkumi kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek pembangunan dan produk.
Sukuk Musyarakah pula adalah medium kerjasama dua pihak dengan menggabungkan modal untuk sebuah platform pelaburan tertentu dan seterusnya Sukuk Istisna yang merangkumi kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek pembangunan dan produk.
Penyenaraian subhutang Islam
seperti portfolio instrumen sukuk ini di Bursa Malaysia akan
mengukuhkan lagi komitmen terhadap pembangunan industri kewangan Islam dan
dalam perkara ini pasaran modal hutang Islam itu sendiri.
Rejim mesra pelabur itu serta ditambah pula dengan kawal selia dan kerangka Syariah yang teguh telah menjadi platform yang sesuai bagi penyenaraian dan penerbitan sukuk. Ini membolehkanMalaysia menarik
lebih 60 peratus daripada penerbitan sukuk dari seluruh dunia, menjadikan
negara sebagai pusat global bagi kewangan dan pelaburan Islam.
Rejim mesra pelabur itu serta ditambah pula dengan kawal selia dan kerangka Syariah yang teguh telah menjadi platform yang sesuai bagi penyenaraian dan penerbitan sukuk. Ini membolehkan
Tidak ketinggalan juga,
pembangunan pantas pasaran modal Islam bukan hanya meliputi sukuk, sebaliknya
terbitan sekuriti Islam lain turut mengekalkan penguasaannya di negara kita.
Kira-kira 87 peratus sekuriti
yang disenaraikan di Bursa Malaysia merupakan
pematuhan Syariah dan ia melibatkan sebanyak 65 peratus daripada pasaran modal
keseluruhan.
Dana Islam dalam industri unit amanah juga turut melihat peningkatan yang amat memberangsangkan dan tumbuh dengan menggalakkan di mana ia kini meliputi 12 peratus daripada nilai aset bersih keseluruhan dalam industri.
Dana Islam dalam industri unit amanah juga turut melihat peningkatan yang amat memberangsangkan dan tumbuh dengan menggalakkan di mana ia kini meliputi 12 peratus daripada nilai aset bersih keseluruhan dalam industri.
No comments:
Post a Comment