Urusan berkaitan
majlis tahlil dan kenduri arwah diperdebatkan atau menjadi polimik di kalangan
sesetengah pihak. Ada tokoh agama tidak melakukan, bahkan tidak menyenangi majlis tahlil atas alasan mengambil uswah daripada Rasulullah yang tidak pernah mengadakan majlis tahlil pada zaman baginda.
Ada
yang menentang sekeras-kerasnya. Ada juga bersikap pertengahan; jika dijemput
mereka raikan, jika tiada juga tidak jadi isu. Setiap kelompok ini ada dalilnya
masing-masing.
Percanggahan
pendapat berputar sama ada amalan kenduri tahlil ini dibolehkan atau tidak? Masing-masing
bawa hujah dan pendapat dari Al-Quran, hadis, athar, qias dan lain-lain.
Dalam sedar atau tidak, hal ini dijadikan kayu ukur bagi menilai pegangan agama individu. Adakah mereka Salafi, Wahhabi, Sufi, Syiah, Sunni dan sebagainya. Amalan label melabelkan ini juga amat memualkan sekali.

Amalan
tahlil arwah yang telah menjadi ikutan dari zaman nenek moyang kita hingga
sekarang. Sampai satu tahap keengganan mengadakan kenduri tahlil pada
malam-malam selepas pengebumian jenazah akan dianggap amat pelik.
Secara
bahasa, tahlil berakar dari kata hallala, yuhallilu dan tahlilan yang membawa
banyak maksud. Makna yang paling hampir ialah penyembahan, penegasan, kesimpulan
dan penafian. Ini diterjemahkan oleh lafaz "nafi isbat" kita melalui
bacaan kalimah “Laillaha illalah. Di situlah kita menafikan 'ilah' selain Allah
dan mensabitkan akidah kita denganNya.
Secara
kaifiah (kaedah) amalan tahlil arwah difahami oleh masyarakat sebagai satu
tradisi membaca ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, diikuti dengan zikir berupa
istighfar, selawat, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil (kalimah tauhid).
Ritual
itu ditutup dengan doa khusus dan jamuan makan. Ada juga turut memberi upah
kepada ahli majlis yang hadir. Harapannya ialah agar pahala tahlil itu dapat
dihadiahkan untuk orang yang meninggal dunia.
Secara
positif, segala doa dan bacaan semasa tahlil boleh dijadikan 'bahan seruan'
untuk mengukuhkan akidah dan meningkatkan perhambaan manusia dengan tuhannya.
Membaca Yasin dan Fatihah. Membaca Al-Fatihah dan ayat-ayat dari
surah al-Quran selepas Fatihah adalah merupakan satu bentuk frame dan manhaj
dalam ibadah kita kepada Allah.
Semua itu difokuskan untuk melaksanakan segala perintah, hanya dengan aturan daripada Allah. Pelaksanaannya tidak boleh bercanggah dari apa yang telah ditetapkan dalam lingkungan Rububiyah, Ubudiyah dan Mulkiyah Allah.

Membaca
3 QUL iaitu Surah 112 (Al-Ikhlas), 113 (Al-Falaq) dan Surah 114 (An-Nas) adalah
untuk menyeru kita agar kekal berprinsip sebagai seorang hamba Allah,
satu-satunya AIlah (sembahan).
Membaca
ayat Kursi dan beberapa ayat awal dari surah Al-Baqarah juga untuk memantapkan
pendirian dan menguatkan tekad kita untuk mengabdikan diri kepada
Allah. Kalimah tahlil (La ila ha ilallah) adalah simpulan visi untuk
ibadah kita. Ia adalah kalimah yang amat besar yang Allah nukilkan sebagai
seruan utama oleh semua para Rasul (Surah Al-Nahal: 16:36).
Menyekutukan
Allah adalah dosa yang tak terampun (Surah Al-Nisa: 4:116). Asas pendidikan
anak juga dari kalimah ini (Surah Luqman 31:13). Itulah tujuan utama kita hidup
di dunia ini (Surah Al-Dhariyat 51:56). Banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran
dan hadis tentang kepentingan kalimah toiyibah ini untuk mengukuhkan iman kita.
Zikir
tasbih (mensucikan), tahmid (memuji) dan takbir (membesarkan Allah) yang
dibacakan sebelum kalimah Tahlil itu pula adalah misi atau gerak kerja jihad fi
sabilillah dalam ibadah kita mentauhidkan Allah.
Dengan
misi yang menjurus kepada mensucikan nama Allah, memuji dan membesarkan Allah
itulah dapat kita capai visi tauhid “tiada ilah melainkan Allah”.
Akhir
sekali ialah doa dan seruan khusus. Doa tahlil ini seharusnya mampu memberikan
peringatan dan nasihat kepada seluruh jemaah yang hadir. Pesan-pesan dari
didikan si mati juga boleh dipanjangkan. Seruan itulah yang menjadikan program
tahlil itu bermanfaat sebagai hikmah kepada sesuatu 'kematian'.
Ia
mampu menghidupkan jiwa, mencegah perkara keji dan mungkar lalu mendekatkan
manusia kepada pengatur (Rabb) dengan melaksanakan 'peraturanya'.
Apa
yang penting ialah ilmu yang ditinggalkan oleh si mati untuk kita warisi,
teladani dan teruskan perlaksanaannya sebagai sesuatu yang bermanfaat. Ia amat
berguna untuk membina insan pendokong agama dan mampu menzahirkan Islam
melebihi agama yang lain.
Seruan dan ilmu yang dikembangkan dalam tahlil inilah yang membezakan ritual kematian agama Islam daripada agama-agama lain.
Seruan dan ilmu yang dikembangkan dalam tahlil inilah yang membezakan ritual kematian agama Islam daripada agama-agama lain.
Majlis
kenduri arwah dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dan mengadakan jamuan di
rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, di hari ke 2,
ke 3, ke 7, ke 40 dan ke100.
Bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau terlalu mengagungkan si mati malah mengadakannya setahun sekali, khususnya menjelang Ramadan atau perayaan tertentu.
Bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau terlalu mengagungkan si mati malah mengadakannya setahun sekali, khususnya menjelang Ramadan atau perayaan tertentu.
Sebenarnya
banyak perkara khurafat lain yang juga turut dilakukan oleh masyarakat.
Contohnya upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan. Padahal acara
persandingan itu hanya merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama
dan Dewi Sita.
Begitu
juga amalan selepas kematian. Mesti diadakan kenduri masuk kubur, makan serabai
di hari ke 3, kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri roh berpisah dengan
waris pada hari ke 40 dan kenduri 100 hari iaitu tatkala turun batu nisan agar
roh itu masuk dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.
Ironinya,
masyarakat Islam kini juga turut percaya bahawa orang beriman akan disoal dalam
kubur selama 7 hari berturut-turut. Orang musyrik sampai 40 hari. Siapakah yang
memberitahu kita semua itu?
Siapakah yang pernah keluar dari kubur untuk ceritakan perihal kubur? Allah tak beritahu benda ghaib termasuk hal ehwal dalam kubur. Yang Allah sebutkan ialah akan dihidupkan semula dari kubur. Itupun masih ada takwil muhkamat dan mutasyabihat. Rasulullah SAW sendiri katakan baginda tidak tahu perkara yang ghaib!

Bolehkan
pindah pahala? Kalaulah amalan majlis tahlil ini mampu sedekah pahala kepada si
mati, maka di dunia ini kita mesti kumpul duit banyak-banyak. Lepas itu pesan
pada anak-anak supaya buat tahlil selalu. Nanti kalau dah mati, kita senang
dalam kubur. Nah ini hanya meletakkan hidup kita dalam sangka-sangka.
Firman
Allah yang bermaksud: "Dan kebanyakan mereka
hanya mengikuti dugaan. Sesungguhnya dugaan itu tidak sedikit pun berguna untuk
mencapai kebenaran. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan. (Surah Yunus 10:36)
Kalau
macam tu orang-orang kaya akan hidup senang di alam kubur sebab anak-anak
banyak duit untuk jamu orang makan dan buat tahlil. Bagaimana orang miskin dan
yang melarat? Adakah Islam ini hanya untuk orang kaya sahaja? Masalah kita
ialah kurang memahami hakikat apa itu pahala?.
Sebenarnya
di dalam Islam tidak ada sistem pindah pahala atau dosa kepada orang yang sudah
mati kerana amalnya sudah terputus. Al-Quran menetapkan bahawa dosa seseorang
tidak dapat ditanggung oleh orang lain (Surah al-Isra 17:15).
Ironinya
kita tidak sedar bahawa sebenarnya pahala hanyalah angan-angan ahli kitab
sahaja (Surah an-Nisa 4:123). Kita membaca Yasin dan tahlil itu dengan harapan
apa yang kita bacakan mampu meringankan dosa si mati.
Bagaimana kita nak memberikan pahala kalau apa yang kita baca pun belum tentu kita faham? Ia kekal menjadi amalan yang sia-sia kerana tanpa kefahaman kita tidak mendapat pelajaran dan tentunya tidak melaksanakan apa yang kita baca.

Bicara
amal adalah bicara hasil. Satu-satunya ganjaran dari amalan itu ialah
perlaksanaan ilmu pada anak yang soleh yang ditinggalkan si mati. Itu jelas
sekali hadisnya. Ia hanya mampu kita gapai dengan meneliti setiap lafaz dalam
tahlil dan selaku waris si mati kita bangkit melaksanakan secara aktual.
Majlis
tahlil itu boleh dijadikan satu wacana tarbiah untuk saling ingat mengingati.
Sama halnya macam solat Jumaat. Umat berhimpun di masjid untuk mendengar
khutbah lalu bertebaran mencari kurnia Allah, melaksanakan apa yang dititihkan
oleh khatib dari khutbah itu. (Surah al-Jumaah 62:9-10)
Dengan
kembali kepada pelaksanaan kalimah ini secara aktual sahaja boleh menjadikan
kita saling rai-meraikan, tolong-menolong dan berkasih sayang. Semua itu jelas
ada dalilnya.
Ritul hanyalah sekadar perlambangan dan tarbiah sahaja. Kita kini mendapat Islam juga hasil usaha orang terdahulu yang mengamalkan keseluruhan isi Al-Quran dan sunnah itu secara aktual. Bukan sekadar ritual.

Itulah
ganjaran sebenar dari amal orang terdahulu. Ilmu agama dan akidah umat agama
ini berkembang luas hasil dakwah mereka. Wilayah kekuasaan bertambah, umat
berjaya disatukan, kemungkaran juga berjaya dikurangkan.
Kita
harus tahu bagaimana untuk membezakan ibadah dan upacara. Oleh itu, tahlil juga
tidak akan jadi haram selagi kita tahu dan yakin bahawa ia mampu mendekatkan
diri kita kepada Allah (Surah al-Maidah 5:35). Ia akan jadi haram apabila kita
'sengaja' menetapkan taqwim tahlil itu sebagai wajib, kerana Allah dan Rasul
tidak wajibkan ia dengan dalil naqli secara jelas.
Mengikut
kaedah fiqah (Qawaid fiqh), penetapan sesuatu hukum ibadah itu berlandaskan
syarat wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Tahlil
dikatakan amalan baru kerana tidak berlaku di zaman Nabi SAW. Namun ia juga
tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah selagi tidak ada unsur maksiat
dan mensyirikkan.
Maka, banyak ulama berpegang kepada bahawa amalan itu adalah harus diadakan dan atas alasan itu ia masih diteruskan di negara kita termasuk di kalangan alim ulama.
Maka, banyak ulama berpegang kepada bahawa amalan itu adalah harus diadakan dan atas alasan itu ia masih diteruskan di negara kita termasuk di kalangan alim ulama.
Dalam
soal perbezaan pendapat ini, bagi yang ingin meneruskan amalan itu, teruskanlah
dan kepada pihak yang tidak mahu melakukan, itu adalah pendapat dan keyakinan
mereka.
Apa yang penting jangan ada saling tuduh menuduh dan menyalahkan antara satu sama hingga melemahkan perpaduan di kalangan umat Islam.
Apa yang penting jangan ada saling tuduh menuduh dan menyalahkan antara satu sama hingga melemahkan perpaduan di kalangan umat Islam.
No comments:
Post a Comment