Tahaluf siyasi membawa
makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak
bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di
dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh
yang sama.
Tahaluf siyasi juga
kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk
menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang
dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi
musuh yang sama.
Para ulama haraki
khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan
yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan
tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta
menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram.
Di antara mereka ialah
Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin
Abdullah. Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah
Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan, al-Syeikh Muhammad Ahmad
al-Rasyid, Dr Solah al-Showi dan Dr Munir Ghahdban.
Dalil-dalil yang
dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah firman Allah SWT
yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil
orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka
adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil
mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Surah al-Maidah, ayat 51)
Seterusnya firman Allah bermaksud: "Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka. (Surah al-Maidah, ayat 52)

Dakwa mereka, kerjasama
gerakan Islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan
lagi orang-orang Islam daripada mereka.
Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." (Surah
Al-Baqarah 2:219)
Ayat di atas berkenaan
dengan pengharaman arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi,
kerjasama dengan musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut,
bagaimanapun dari sudut yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah
SWT, ia tidak akan dapat dicapai.
Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.

Manakala bagi golongan
ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan,
mereka berpegang dengan hujah-hujah seperti Half al-Fudhul iaitu satu peristiwa
yang berlaku pada zaman jahiliyyah melibatkan perjanjian di antara beberapa
qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan
oleh Nabi Muhammad SAW.
Inilah yang dimaksudkan
oleh hadis baginda yang bermaksud: "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan
ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin
patut dilaksanakan".
Ia membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Sekalipun Nabi SAW
menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah
memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan
bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang
berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya
adalah baik.
Perjanjian Rasulullah
SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari
ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa
peringkat :
Ketika Abu Talib melihat
bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun
terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan: “Teruskan wahai anak
saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan
serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”.
Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

Peringkat berikutnya
ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani
Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW.
Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding Kaabah.

Di dalam peristiwa-peristiwa
ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam
untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai
matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan
patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.
Perjanjian
Rasulullah SAW dengan Mutim bin Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan
sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah
memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mutim bin
Adi.
Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mutim sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mutim bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Mutim di dalam peristiwa
ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam
tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan
Nabi Muhammad SAW.
Mutim tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal. Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

No comments:
Post a Comment