Kegunaan ubi sarek dan cara hilang racun. Ubi sarek
sejenis keladi unik kerana ketika mula tumbuh seakan-akan bunga keluar dari
tanah. Ukuran bunga hingga mencecah lebih suku meter tinggi dan
mengeluarkan bau yang tidak enak terutama ketika hampir 'mati' sebelum muncul
daun dan batang. Pokok sarek juga dipanggil ubi kekek atau ubi ular kerana
batangnya mempunyai corak seperti ular.
Sekarang ini ramai tidak kenal pokok ubi sarek. Kalau ada tumbuh di kawasan kampung pasti mendapat perhatian ramai. Mungkin disebabkan berasa pelik melihat keunikan dan dianggap luar biasa, sehingga dipanggil wartawan untuk melaporkan perkara itu dan penduduk kampung berduyung-duyung datang melihatnya.
Ubi
kekek merupakan sejenis tumbuhan yang berbatang lembut seperti batang keladi,
daunnya pula berbentuk jejari. Ubinya besar bertekstur seperti isi keladi
tetapi bunganya berbau busuk.
Pokok sarek didapati tumbuh liar di
Malaysia. Di negara lain seperti di India, Indo-China, Filipina dan Thailand ia
ditanam, namun bukan dalam skala besar. Ubi sarek tidak dipeduli oleh
sesetengah orang disebabkan rasa gatal dan tidak sesuai dimakan kerana
mengandungi kalsium oksalat yang boleh menyebabkan pening dan rasa loya.
Ubi sarek boleh dijadikan makanan
melalui penyediaan tertentu. Ubi sarek boleh dimakan walaupun gatal dan mungkin
beracun. Ubi ini direbus beberapa lama, ditumbuk halus, dikeringkan dan
dimasak. Cara menghilangkan racun adalah dengan merendam ubi yang telah direbus
dengan air mengalir sebelum ditumbuk dan dimasak sekali lagi sebelum dimakan.
Di Kelantan pada zaman dahulu, ubi
sarek digunakan sebagai campuran dalam bubur asyura. Ini sesuai dengan konsep
asyura yang mencampurkan pelbagai bahan yang diperoleh atau didapati di sesuatu
kawasan.
Bagaimanapun amalan itu kurang
diamalkan sekarang ini kerana bahan membuat asyura kini 'ditetapkan' mengikut
resipi tertentu. Tambahan pula, ubi sarek kini jarang ditemui apabila banyak
tanah kini telah dibangunkan, menyebabkan baka ubi sarek semulajadi pupus,
sedangkan tidak ada orang menanamnya.
Ubi sarek juga boleh dibuat pengat,
direbus dan sebagainya. Batangnya pula boleh dibuat masak lemak.
Pokok sarek adalah jenis pokok
bermusim, biasanya ia akan tumbuh selepas musim hujan dan akan mati bila sampai
masanya. Ia hidup subur di kawasan lembab dan redup. Ketinggian pokok sarek
boleh mencapai sehingga 1.5 m. Daunnya
berbentuk jejari di bahagian atas dan tidak gugur. Daunnya akan layu dan mati
sekali dengan batangnya, membiarkan ubi membesar di bahagian dalam tanah.
Ubinya besar bertekstur seperti isi keladi.
Terdapat lebih 80 spesis
Amorphopallus di seluruh negara tetapi hanya dua spesis yang mempunyai
kepentingan sebagai makanan.
Cecair ubi sarek liar dijadikan
sebahagian daripada campuran racun sumpitan oleh kaum Orang Asli di
Perak.
Orang China menggunakan ubi sarek menjadi tepung untuk dibuat makanan seperti tauhu. Orang Jepun pula merebus ubi
ini untuk menghasilkan makanan seperti mihun.
Sesetengah orang menjadikan ubi ini sebagai makanan ikan. Selain dijadikan bahan makanan dan racun sumpitan, spesis ubi sarek yang tertentu juga digunakan sebagai ubatan tradisional sebagai ubat pupuk dan ubat untuk dimakan.
Sesetengah orang menjadikan ubi ini sebagai makanan ikan. Selain dijadikan bahan makanan dan racun sumpitan, spesis ubi sarek yang tertentu juga digunakan sebagai ubatan tradisional sebagai ubat pupuk dan ubat untuk dimakan.
Mcm mana nak dptkan ubi sarek ni yer
ReplyDeleteDi kelantan. Di pasar-pasar mereka mungkin ada jual.
DeleteUbi sarek kadang kala ada dijual di pasar tani bersama-sama jenis ubi lain. Namun, peluang untuk menemuinya agak tipis.
ReplyDeleteUbi sarek di kelantan tidak pula diketahui beracun atau gatal. Yg dikatakan beracun atau gatal ialah sepupunya yg bernama ubi lekir.
ReplyDeleteBetul... lekir tak blh mkn...sarek blh mkn.ambil ubi nya...beza antara dua ni adalah corak d btg nya.
DeleteMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring