Isu laungan azan yang tidak disenangi bukan Islam semakin kronik.
Polimik mengatakan bunyi azan mengganggu penduduk berhampiran masjid dan
surau semakin menjadi-jadi. Lebih parah lagi apabila penganut agama
Islam berfahaman liberal pula meminta agar pihak masjid mendapat
pandangan dan kebenaran penduduk berhampiran masjid dalam soal azan.
Orang Islam pasti sensitif dalam soal ini. Jika ada pihak mempertikaikan
suara azan, pasti akan melenting marah. Kita soroti kembali satu kes di
Kelantan. Tular di
media sosial surat didakwa ditulis usahawan berbangsa Cina,
Datuk Sri Sunny Ung kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Aman, Taman
Kenangan,
Kota Bharu, Kelantan meminta agar suara azan subuh diperlahankan. Surat
bertarikh 10 Januari 2017.
Sunny
tinggal kira-kira 100 meter dari Masjid Aman sejak lebih 18 tahun, lebih kurang
sama tempoh masa kewujudan masjid tersebut.
Antara
kandungan surat tersebut: "untuk mengalih serta memperlahankan pembesar
suara masjid terutama ketika Azan Subuh agar lebih fokus kepada kawasan
perumahan penduduk Melayu di belakang Taman Kenangan".
Untuk
pengetahuan, kedudukan Masjid Aman berada di 'tengah' penempatan antara Cina
dan Melayu. Di hadapan masjid boleh dikatakan 100 peratus penduduk Cina. Manakala Melayu pula tinggal di bahagian
belakang.
Kandungan
surat itu telah menimbulkan perasaan marah segelintir orang Islam. Malah ada yang ingin mengambil tindakan
agrasif. Bagaimanapun tidak ada perkara
buruk berlaku.
Mari
kita fikir sejenak isu ini dengan fikiran yang tenang dan bersangka baik.
Surat
itu didakwa ditulis Sunny. Persoalannya adakah ia benar ditulis oleh Sunny? Pengesahan
sama ada benar ditulis oleh Sunny atau tidak perlu dipastikan.
Dalam
Islam amat penting untuk mengesahkan sesuatu perkara sama ada benar atau palsu.
Tambah-tambah lagi dalam soal yang boleh mencetuskan sesuatu yang buruk kepada
individu atau masyarakat.
Perlu
ditegaskan, isu agama dan perkauman amat sensitif di Malaysia. Ia bagaikan bom atom yang bila-bila masa saja
boleh meletus dan memberi kesan buruk. Maka, sesuatu isu berkaitan agama perlu
ditangai dengan berhemah.
Kembali
kepada isu surat Sunny, perlulah pihak yang berkaitan memastikan dulu kebenaran
surat tersebut. Tidak dapat dipastikan
siapa yang menulis surat tersebut kerana ia dimasukkan ke dalam peti surat
masjid atau tidak diserah secara tangan.
Sesiapa
pun boleh menulis dan mengaku sebagai Sunny. Tambahan ia bertaip dan bukan tulisan tangan. Begitu juga dengan
tandatangan juga boleh dipalsukan.
Untuk
pengesahan, pihak Jawatankuasa masjid boleh menghubungi sendiri Sunny, sama ada
pergi ke rumah beliau atau menghubunginya melalui telefon. Di bahagian tandatangan
turut tertera nombor telefon Sunny.
Tidak
perlulah menyiarkan surat itu di media sosial. Ini isu sensitif. Islam mengarahkan agar berhati-hati dalam
tindakan agar mengelak perkara buruk. Kita kena bijak dan berhemah. Ini turut
termasuk dalam soal dakwah agar kedudukan Islam lebih dihormati.
Jika
perbincangan dibuat, perkara itu mudah diselesaikan. Wujud suasana menang-menang.
Itu
andaian bahawa jika yang tular surat itu dilakukan oleh jawatankuasa
masjid. Sedangkan ada juga kemungkian
tular surat itu dilakukan oleh pihak lain. Mungkin ada pihak lain ambil
kesempatan untuk timbulkan keresahan dalam masyarakat.
Islam
itu indah dan memberi kebaikan kepada seluruh umat Islam dan semua
manusia. Setiap isu berkaitan kepentingan Islam perlu diselesaikan
dengan berhemah.
No comments:
Post a Comment