Apa hukum mewarna rambut? Bolehkah mewarna rambut, yakni
harus, atau ditegah mewarna rambut, yakni haram? Perkara
ini perlu diberi perhatian agar tidak melakukan perkara ditegah dalam soal
mewarna rambut.
Wanita sanggup melakukan pelbagai cara untuk kelihatan cantik bagi mengejar kepuasan hidup. Ada di kalangan mereka yang tidak dilahirkan cantik akan membentuk diri menjadi cantik dengan pelbagai pengubahan penampilan diri termasuklah tubuh badan, muka dan rambut.
Hukum mewarna rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak yang terlibat dalam kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Paling
ketara sekali sekarang ini ialah trend mewarna rambut dengan pelbagai warna
yang mengubah sama sekali penampilan muka sehingga menyebabkan ia merupai
bangsa lain seperti wanita dari Barat.
Pelbagai
warna dari yang sinonim dengan warna asal rambut seperti dark blonde, dark
blonde copper, chocolate brown, golden maroon, brown, mocha dan hazel
ke warna-warna terang seperti merah, hijau, biru dan putih digunakan bagi
mewujudkan penampilan matang dan bergaya.
Jika
sebelum ini, gaya mewarna rambut kebanyakannya dilakukan oleh selebriti seperti
penyanyi, pelakon, model dan pengacara televisyen, trend yang sama kini menjadi
ikutan wanita lain seperti suri rumah, golongan profesional, pekerja biasa,
usahawan dan golongan muda.
Inilah
yang berlaku dalam perubahan penampilan rambut terutama pada masyarakat di
rantau Asia yang rata-rata berambut hitam. Kini kita lihat air muka berwajah
Asia tetapi rambut seperti masyarakat Barat, berwarna perang bagi menampilkan
sesuatu gaya yang berlainan.
Penggunaan
seperti pewarna rambut berkimia dan inai menjadi mekanisme utama dalam mengubah
warna rambut. Menjaga kecantikan memang digalakkan oleh Islam tetapi
pelaksanaannya mestilah berlandaskan hukum syarak.
Wanita
hari ini terlalu dimomokkan dengan kepentingan menjaga kecantikan baik rupa
paras, rambut mahupun penjagaan tubuh badan agar kelihatan lebih muda, bergaya
dan langsing. Namun, apakah kecantikan adalah segala-galanya dalam hidup ini
dan hukumnya menurut pandangan Islam?
Warna hitam hanya diharuskan
bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan
untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda
yang tidak bermasalah.
Pengecualian dikhaskan kepada
para isteri yang berbuat demikian atas permintaan suami atau diizinkan oleh
suami.
Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.
Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.
Hukum mewarna rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak yang terlibat dalam kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Mewarna
rambut bagi wanita hanya dibolehkan kepada mereka yang bersuami dan memakai
tudung. Tujuan mewarna pula adalah untuk mencantikkan diri untuk suami dan
mengeratkan tali perkahwinan itu dengan memperindahkan diri hanya untuk
tontonan suami.
Dalam
Islam, ini dibenarkan kerana rambut yang diwarnakan bukan untuk tontonan orang
lain dan ia bukan suatu yang kekal, hanya bertahan selama empat bulan sahaja
atau sehingga tumbuh rambut baru. Mewarna rambut tidak mengubah ciptaan Allah
kerana ia tidak kekal.
Namun
begitu, kini dilihat trend mewarna rambut menjadi kegilaan hampir ke semua
peringkat wanita dari remaja hingga dewasa. Penggunaan pewarna rambut untuk
tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu boleh menyerap air supaya
air sembahyang dan mandi wajib sah, tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada
kulit dan bahan tidak bercampur dengan najis.
Justeru
itu, semua pewarna rambut yang bertanda halal yang berada di pasaran boleh
digunakan kerana telah menepati syarat itu.
No comments:
Post a Comment