Thursday 2 November 2017

Ciri pemimpin yang baik

Pemimpin bukan calang-calang individu. Dia individu mempunyai keistimewaan dalam bidang yang mana dia dipilih menjadi pemimpin. Pemimpin mesti mempunyai kewibawaan untuk menjalankan tugas dengan cemerlang.

Antara ciri-ciri pemimpin yang baik:
- Berani mengatakan tidak boleh ketika keadaan yang memerlukan.

- Menghentikan sesuatu aktiviti apabila didapati merugikan atau bercanggah dengan hukum Islam.

- Mementingkan kebajikan dan keperluan orang ramai daripada keperluan peribadi.

- Bijak mengurus masa dengan ada keseimbangan di antara tanggungjawab dalam organisasi, rumah tangga dan masyarakat.

- Mengambil perhatian kepada hubungan kemanusiaan dengan mewujudkan suasana persaudaraan di dalam dan luar organisasi.

- Memilih ahli (pekerja) dengan teliti dan mengambil kira keperluan organisasi dan tuntutan Allah SWT.

- Sentiasa mengambil berat pembentukan peribadi, kemahiran dan kreativiti anggota organisasi.  

-Mementingkan apa yang dapat dilakukan dengan sempurna dari memikirkan halangan dan sekatan dihadapi. 

- Menghebahkan perkara baik dan positif dan menyembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

- Mengambil kira kemaslahatan organisasi secara menyeluruh.

- Mempunyai kaedah dan sistem pengawasan dan penilaian yang baik.

- Menjaga rahsia atau perkara sulit organisasi daripada pengetahuan umum.

- Menggalakkan kecemerlangan, tetapi tidak mengharapkan keunggulan daripada anggota organisasi.

- Mengenal pasti keutamaan dan dapat mengagihkan tugas menurut keutamaan berdasarkan kebolehan dan kemampuan individu yang diamanahkan.

- Memberi penghargaan dengan jujur untuk setiap tugasan dari orang yang dipimpin yang dijalankan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment