Sunday, 12 November 2017

Cabaran sekolah agama

Sistem pendidikan agama secara formal mengikut sistem pendidikan di alam Melayu adalah rentetan dari perkembangan sisterm pendidikan formal diperkenalkan penjajah yang menjadi saingan kepada pendidikan agama. 

Di kebanyakan negeri, sekolah agama biasanya diuruskan oleh Majlis Agama Islam negeri yang bertindak memberi dana kewangan dan pengurusan.  Ini selari dengan kuasa berkaitan agama dan pendidikan agama yang berada di bawah bidang kuasa negeri.  Justeru itu, pendidikan sekolah agama diurus dan dikendalikan oleh kerajaan negeri.

Selain itu terdapat juga sekolah agama rakyat yang diuruskan oleh pihak swasta.  Ia lebih dikenali sebagai sekolah agama rakyat yang mana pelajarnya dikehendaki membayar yuran sepertimana dilakukan oleh pendidikan swasta lain. 

Bagaimanapun, sekolah agama rakyat juga mendapat suntikan dana dari majlis agama Islam melalui pembiayaan zakat.  Sekolah agama rakyat juga mendapat sumbangan dari individu yang ingin melihat pendidikan Islam berkembang.

Sekolah agama, contohnya di Kelantan mendapat sambutan hebat di kalangan pelajar dan ibu bapa pada era 40 hingga 60an.  Ini kerana ada pandangan yang mengatakan belajar di sekolah kendalian penjajah yang menggunakan bahasa Inggeris dianggap belajar agama Kristian. 

Selain itu, ibu bapa akan berbangga anak mereka belajar sekolah agama yang bakal menjadi ustaz dan tokoh agama.  Ketika itu peluang melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Malaya adalah satu kejayaan besar kepada pelajar.  Dan tentulah lebih-lebih lagi jika berjaya melanjutkan pelajaran ke al-Azhar. 

Namun, semua berubah dari semasa ke semasa.  Banyak ibu bapa mula mengalihkan anak mereka ke sekolah penjajah yang dikatakan lebih bersistermatik dan memberi peluang untuk bekerja di sektor kerajaan dan swasta. 

Pihak penjajah sentiasa memomokkan bahawa pelajar agama tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.  Justeru, terdapat ibu bapa yang termakan dengan hasutan itu.

Justeru untuk mengembalikan semuala sisem pendidikan Islam, maka usaha menubuhkan dan memperkasakan pendidikan agama secara formal dilakukan dengan lebih sistematik.  Contohnya, di Kelantan kerjaan menubuhkan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab dalam kalangan penduduk negeri tersebut.

YIK mempunyai peranan besar memperkasakan pendidikan Islam di Kelantan. Lulusan YIK berjaya menyambung pelajar ke luar negara, khususnya di Timur Tengah. Lulusan sekolah YIK bukan sahaja berjaya dalam bidang ilmu agama, bahkan ramai melanjutkan pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan, kedoktoran, ekonom dan sebagainya, 

No comments:

Post a Comment