Bila baca
tulisan analisa politik bersifat berat sebelah kepada
mana-mana parti politik maka penulisnya itu bukan seorang penganalisis politik bersifat profesional tetapi seorang penganalisis politik haprak.
Antara
sifat seorang penganalisis haprak ialah mengemukakan pandangan berdasarkan
kepada "conjecture". Maksud
conjecture adalah cerita, laporan,
berita atau kenyataan yang dibuat berdasarkan sangkaan semata-mata.
Analisa
dibuat tidak berasaskan kepada fakta dan bukti. Pandangan dibuat semata-mata menjatuhkan
parti yang tidak disukai dan menaikkan parti disukai. Apa saja analisa dibuat tidak
ubah apa yang difikirkan oleh penyokong peringkat akar umbi parti yang kecanduan
dengan perjuangan parti.
Cerita analisa
yang dibuat bersifat bohong dan tidak melihat kepada kenyataan atau realiti. Apa
yang dilakukan tidak menepati cara kajian ilmiah yang memerlukan penelitian dan
data-data diterima dianalisa secara adil.
Hasil analisa
dibuat penganalisis haprak tidak mengambil kira soal kebenaran. Apa dilakukan hanya
untuk menjatuhkan pihak lain secara tidak bermaruah. Mereka tidak memikirkan soal
larangan agama yang menegah perbuata sangkaan dan prejudis yang tidak berasas.
Daripada
Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Awasailah
kamu dari sangkaan, kerana sangkaan itu
sebohong-bohong cerita. Jangan kamu mengintip, jangan kamu berebut-rebut, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu bermusuh-musuhan dan jangan kamu
berkelahi, malahan jadikanlah diri kamu
hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim).
Ciri
seorang penganalisis politik yang haprak juga ia mengemukakan cerita atau
perkara yang ia agak-agak berdasarkan kepada persepinya sendiri yang
berdasarkan kepada conjecture itu tadi.
Dia tidak
mempedulikan amaran Allah SWT. Firman
Allah SWT: "Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat
dengan cara agak-agak sahaja." (Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 10).
Satu
atribut penganalisis politik haprak juga ia membesarkan akibat atau kesan
daripada sesuatu kes politik yang berlaku tetapi tidak mempedulikan apa punca
dan sebab-sebabnya sesuatu kes itu berlaku dengan cuba menutup apa punca dan
sebab-sebabnya sesuatu kes atau peristiwa itu terjadi.
Contohnya
dakwaan yang mengatakan ceramah Parti XYZ semakin sarat dengan cercaan, tetapi
tidak pula dinyatakan apakah punca dan sebab-sebabnya kenapa ceramah Parti XYZ semakin
sarat dengan cercaan itu.
Kenapa disembunyikan
apa punca dan sebab-sebabnya kenapa ceramah Parti XYZ itu semakin sarat dengan cercaan itu?
Kenapa tidak
dibuat analisis apa punca dan sebab-sebabnya hal seperti itu boleh pula
berlaku?
Setiap
aksi sudah pastilah ada reaksi. Kenapakah diperbesra-besarkan reaksi yang berlaku tetapi melupakan
bagaimana akisi yang berlaku sebelum wujudnya reaksi terhadap aksi yang
menyebabkan wujudnya reaksi itu?
Lazimnya
reaksi yang berlaku ada punca atau sebab-sebabnya terjadi berdasarkan adanya
prinsip "Bagaimana gendang begitulah tarinya" atau "Buat baik
dibalas baik", tetapi buat jahat terimalah reaksinya yang sewajarnya pula.
Apabila
melakukan kezaliman sudah pastilah pihak yang dizalimi atau yang dianiayakan
tidak berdiam diri tetapi reaksinya bertindak sebagai "membela
diri".
Firman
Allah SWT: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang
yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah
sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nisa, ayat 148)
No comments:
Post a Comment