Wednesday 8 November 2017

Keupayaan otak simpan ingatan

Kapasiti simpanan otak saraf manusia amat besar untuk berfikir dan menjana sesuatu yang baru dalam bentuk kemahiran dan ingatan. Kapasiti simpanan otak saraf menusia dianggarkan 125.5 trilion, iaitu lebih 10 kali ganda berbading keupayaan simpanan komputer Arked Negara Amerika sebanyak 12.5 trilion. Ternyata betapa besar dan unik akal dianugerahkan hanya kepada manusia.

Kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan. Minda adalah kuasa atau enjin bagi badan kita. Jika enjin dihidupkan, sudah tentu pergerakan bahagian lain dapat dilakukan dengan baik. 

Jadi, jangan persia-siakan kuasa minda. Jangan sampai kita disamakan dengan haiwan. Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda layak disamakan dengan haiwan. Sebab itu ada perumpamaan menyebut 'bodoh macam lembu'.

Amat besar kerugian ditanggung oleh mereka yang mempersia-siakan anugerah minda yang paling berharga itu. 

No comments:

Post a Comment