Tamadun Islam yang bermula di
Damsyik, kemudian berpindah ke Cardova sebelum membina kegemilangan di Baghdad
telah memberi sumbangan besar kepada dunia dalam pelbagai bidang. Namun, perkara itu dinafikan oleh Barat yang
mengaku penemuan dalam banyak bidang bermula di Barat.
Hakikatnya, ilmu dari sarjana Islam
telah dicedok dan diperkembangkan di Barat sebelum mengaku itu hasil penemuan
atau ciptaan awal mereka. Contohnya ilmu kedoktoran berkaitan pembedahan.
Sekitar tahun 1000M, seorang doktor Al-Zahrawi menerbitkan 1,500 halaman
ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai
rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun.
Di antaranya, Zahrawi menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan mencipta sepasang alat-flop pembedahan.

Sir John Bagot
Clubb (16
April 1897-17 Mac 1986) menulis: "Sekolah-sekolah perubatan sangat aktif di Baghdad
setibanya zaman Mamun.
Hospital awam percuma pertama dibuka di Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid. Dengan pembangunan sistem ini, para pakar perubatan dan pembedahan dilantik sebagai pensyarah kepada penuntut perubatan dan mengurniakan diploma kepada mereka yang dikira layak menjadi pengamal perubatan.
Hospital pertama di Mesir dibuka pada tahun 872 M dan selepas itu hospital-hospital awam dibuka di seluruh empayar Islam, dari Al-Andalus dan Maghribi hinggalah ke wilayah Parsi."

No comments:
Post a Comment