Penduduk
yang tinggal di sesebuah kawasan yang diiktiraf sebagai negara dipanggil
sebagai rakyat. Mereka hidup dalam rasa keterjawaban dan mencintai negara
serta tertakluk kepada satu sistem pentadbiran yang ditetapkan.
Semua rakyat
terikat kepada undang-undang yang sama tanpa membezakan kedudukan, kekayaan,
warna kulit dan faktor lain yang dilihat sering dijadikan neraca pengukur di
antara manusia.
Dalam
sebuah negara Islam rakyat dikategorikan kepada dua iaitu golangan muslim dan
bukan muslim (kafir zimmi) yang taat kepada pemerintah Islam. Kedua-dua
golongan rakyat mendapat layanan yang sama, kecuali dalam hal yang berkaitan
dengan kedudukan seorang Islam.
Kedudukan
golongan muslim dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan hara
dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman
dan pertoolngan (kepada orang-orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain
lindung melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman tetapi belum
berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikit pun atasmu melindungi mereka
sebelum mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu
dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu
menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu
dengan mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah al-Anfal: 72).
Ayat
tersebut menjelaskan bagaimana bentuk hubungan sesama Islam dalam sebuah negara
dan hubungan dengan bukan Islam yang berada di negara lain.
Muslim di
dalam sebuah negara saling menolong antara satu sama lain dalam urusan kenegaraan
dan keselamatan serta kepentingan bersama. Manakala dengan muslim di
negara lain hanya terikat kepada pertolongan jika hak mereka dalam soal agama
diganggu.
Manakala
kedudukan penduduk bukan Islam tetap terjamin dan terpelihara hidup di dalam negara
Islam. Mereka mengaku untuk taat setia dan patuh kepada pemimpin negara
Islam yang didiami tanpa mengira tempat di mana dia dilahirkan.
Bagi
warganegara bukan Islam, mereka diberi jaminan perlindungan dan keselamatan di
atas diri, harta, kebudayaan, kepercayaan dan kehormatan diri sebagaimana
warganegara beragama Islam.
Dalam hal ini, menurut Ibn
Taimiyah, seorang pemerintah muslim mestinya tidak mengikatkan diri secara kaku
pada suatu tafsiran Al-Quran tertentu, terutama dalam berbagai persoalan yang
sifatnya kontroversi.
Suatu pemikiran yang baik dapat diterima biarpun tidak selaras dengan empat mazhab hukum Islam. Ibn Taimiyah telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang sebahagiannya tidak menepati dengan salah satu dari mazhab-mazhab tersebut.
Suatu pemikiran yang baik dapat diterima biarpun tidak selaras dengan empat mazhab hukum Islam. Ibn Taimiyah telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang sebahagiannya tidak menepati dengan salah satu dari mazhab-mazhab tersebut.
Kebebasan berpendapat itu
dimaksudkan untuk menyanggah padangan bahwa ulama “pemerintah” adalah para
penentu keputusan terakhir dalam berbagai masalah sekaligus ditujukan untuk
membendung kecenderungan untuk memonopoli proses pengambilan keputusan.
Berdasarkan dalil ini pula Ibn
Taimiyah tidak cenderung menerima keperluan jawatankuasa atau badan penentu
undang-undang dan pemilihan pemimpin seperti yang berlaku pada amalan khilafah
tradisional.
Setiap rakyat tanpa mengira agama
perlu bersedia mempertahankan negara dalam semua keadaan, melakukan sesuatu
yang menyumbang kepada kesejahateraan, keharmonian dan kekayaan negara.
Dengan kata lain, semua rakyat
perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan bersama tanpa mengira agama.
Atas dasar itu, orang bukan Islam tidak perlu ragu-ragu untuk memberi kesetiaan
kepada pemimpin Islam sepertimana jika mereka tinggal di negara bukan Islam
lain.
Sesungguhnya, di negara kita jelas
meletakkan hak kebebasan kepada rakyat bukan Islam untuk melaksanakan amalan
atau kepercayaan masing-masing sepertimana dinyatakan dalam Perkara 11.
Fasal 3 Perkara 11 memperuntukkan tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Fasal 3 Perkara 11 memperuntukkan tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
No comments:
Post a Comment