Kandungan
selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu atau susu yang
lain. Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil
daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan
supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%. Purata
pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser.
Selenuim
penting untuk kesuburan lelaki. Ia diperlukan untuk biosentisis testoron dan pertumbuhan
sperma normal.
Selenuim
juga penting dalam proses pengeluaran sejenis hormon otak 'neurotransmitter'. Keadaan
tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko 'dementia' dan penyakit
mental.
Selain
itu selenuim penting untuk sistem imun dengan menghasilkan sejenis hormon
'interleukin-2 (IL2) receptors ke atas permukaan T-cells.
Susu
kambing juga membantu tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan nilai pH
antara pH 7.35 - 7.45. Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi
dengan sempurna dan sel-sel imun dapat membunuh sel-sel pathogen yang
mengancamnya.
Kadar
pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan
sebagainya.
Sama
seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang
asidik.
No comments:
Post a Comment