Sunday, 10 December 2017

Khasiat susu kambing

Permintaan susu kambing untuk tujuan kesihatan semakin meningkat. Orang ramai semakin yakin dengan kebaikan dan khasiat susu kambing.

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter sekali gus memberi tenaga untuk otak.

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang.

Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Israk Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah SAW telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamar, nescaya binasalah umatmu.”

Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu, namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah Rasulullah SAW. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia.

Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah SAW terutamanya yang diminum terus selepas diperah. Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu. 

Susu kambing sering disamakan dengan susu ibu, biarpun tidak mengatakan lebih baik daripada susu ibu. Susu ibu tetap yang terbaik. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali yang baik untuk sistem penghadaman.

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. 

Antara kelebihan lain susu kambing ialah:
- Bersifat alkali
- Tidak menyebabkan alahan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Membantu sistem imunisasi tubuh.
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat.
- pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang berasid.
- Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus dan mudah dihadam.
- Kandungan asid lemak rantaian pendek lebih tinggi.
- Tidak mengandungi protein kompleks yang menyebabkan alahan.
- Proses pencernaam untuk susu kambing hanya 20 minit saja, berbanding susu lembu memerlukan lebih 2 jam.

Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon:
- Membolehkan penggumpalan darah.
- Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan.
- Menstabilkan dan menyelenggara membran sel.
- Membolehkan saraf berfungsi dengan baik.
- Mengawal degupan jantung.
- Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon.
- Menyingkirkan toksin dalam kolon.
- Menurunkan tekanan darah.
- Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa.
- Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

Keajaiban susu kambing untuk kesihatan:
- Merawat kencing manis.
- Sakit jantung.
- Sakit darah tinggi.
- Gestrik.
- Asma.
- Akut anemia.
- Tulang belakang reput.
- Angin ahmar.
- Insomnia.
- Kebas kaki dan tangan.
- Migran.
- Semput.
- Masalahan keletihan.
- Masalah kulit.
- Masalah ketika mengandung dan kelahiran.
- Masalah susah buang air besar.
- Merawat buasir.

Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
- Tidak menyebabkan alahan.
- Membantu sistem imunisasi tubuh.
- Bersifat alkali.
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
- Membantu sistem penghadaman.
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat.
- Tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama alahan.

Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
- Lebih Protein 2.1 kali ganda.
- Lebih Kalsium 2.2 kali ganda.
- Lebih Zat Besi 2.0 kali ganda.
- Lebih Potasium 2.1 kali ganda.
- Lebih Vitamin A 3.8 kali ganda.
- Lebih Garam Galian 2.0 kali ganda.

No comments:

Post a Comment