Semua manusia sedar bahawa dirinya dan seluruh alam ini ada Penciptanya. Kepercayaan itu secara langsung mengakui bahawa
pencipta itu maha berkuasa dan berhak menentukan apa yang diingini berlaku ke
atas ciptaan-Nya.
Maka sebab itu, tabie manusia perlu menentukan Tuhan yang
diyakininya. Syariat Islam menentapkan hanya Allah yang layak
disembah dan diyakini kekuasan-Nya.
Keyakinan bahawa ada kuasa Maha Besar dan Maha Bijaksana mentadbir alam ini
turut melibatkan penganut agama lain. Namun, mereka telah memilih
jalah salah dalam menentukan siapa perlu disembah. Sedangkan Allah menerima
agama lain selain Islam.
Bukti lain menjelaskan manusia memerlukan Tuhan dapat kita perhatikan
apabila setiap kali berdepan dengan malapetaka, kesusahan atau kesakitan,
ketika itu manusia akan menyebut dan merayu kepada Allah.
Ini jelas membuktikan bahawa manusia sedar bahawa apa yang berlaku terhadap
dirinya dan alam ini adalah di bawah kekuasaan Allah. Maka itu mereka memohon
agar Allah melindungi dan menjauhkan mereka daripada kesulitan yang dihadapi
itu.
Malah, di kalangan penganut agama lain, mereka ada memakai tangkal atau
sesuatu yang menjadi lambang kekuatan kepada diri mereka.
Di kalangan penganut agama Kristian umpamanya akan memakai lambang salib
sebagai cara untuk mendekati diri dengan Tuhannya. Mereka mengharapkan
lambang itu dapat mengelak mereka dari gangguan syaitan, hantu dan menjauhkan
malapetaka.
Sesungguhnya manusia sedar kelemahan diri dan merasakan betapa perlunya
kepada pertolongan Tuhan. Manusia memerlukan panduan hidup dan petunjuk
agar tidak tersesat dalam meneruskan hidup.
Umat Islam amat bertuah mendapat anugerah terbesar daripada Allah iaitu
kitab al-Quran yang dijadikan panduan hidup sehingga ke hari
kiamat.
Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu, namun ia tetap releven
dan berguna untuk panduan hidup manusia sepanjang masa kepada seluruh bangsa
tanpa mengira bangsa, budaya dan tempat tinggal.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Aku tinggalkan kepadamu dua
perkara tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya: Kitab
Allah dan Sunnah Nabi-Nya." - (Hadis riwayat Malik).
No comments:
Post a Comment