Wednesday 8 August 2018

Aku sekadar melukut

Melukut adalah pecahan beras yang halus-halus atau hujung beras yang terhasil semasa proses menumbuk. Terdapat peribahasa yang berbunyi 'bagai melukut di tepi gantang'. Peribahasa tersebut bermaksud individu yang tidak berharga dalam masyarakat. Keberadaan individu itu dalam masyarakat atau kumpulan tidak memberi makna. Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak menambah atau mendatangkan apa-apa kebaikan. Manakala tiadanya tidak dirasakan atau berkurangan. 

Aku bukan siapa-siapa. bukan pegawai kerajaan berpangkat tinggi atau ahli politik berstatus menteri. Harta dan kekayaan jauh sama sekali untuk dibanggakan. Aku hanya insan biasa yang meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara dengan cara sendiri.  

Jadi, aku sedar aku adalah melukut. Aku tidak perlu berasa hati jika aku tidak dipedulikan sama ada ada atau tiada. Apa yang penting, aku masih dapat menikmati dan meneruskan kehidupan ini dengan seadanya. Apa yang penting, aku selesa hidup mengikut cara aku. Semoga aku menjadi hamba yang bertakwa dan penamatnya dalam keadaan beriman.   

No comments:

Post a Comment