Thursday, 9 August 2018

KECACATAN PIPI MENYEBABKAN TERBENTUK LESUNG PIPIT


Lesung sejenis alat yang digunakan untuk menumbuk sesuatu. Lesung ada lubang atau lekuk (lekung yang berbentuk kawah) untuk diletakkan bahan yang ingin ditumbuk menggunakan alu atau anak lesung. Lesung paling diminati atau menarik dipandang ialah lesung pipit atau dipanggil juga lesung pipi. Lesung pipit adalah lesung-lesung lekuk kecil pada pipi.

Lesung pipit yang diidamkan oleh kebanyak orang terutama wanita, sebenarnya kecacatan disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia mengakibatkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum dan sebagainya, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekuk pada pipi.

Lesung pipit bukan saja ada pada wajah, ia juga boleh berlaku di dagu (dagu terbelah) dan juga di punggung bahagian atas (biasa dilihat pada bayi baru lahir).

Lesung pipit seseorang dianggap sebagai penambah seri dan pemanis wajah tidak kiralah pada lelaki ataupun perempuan. Lesung pipit boleh berada di sebelah pipi atau kedua-dua pipi dan kebiasaannya ia akan kelihatan jelas terutamanya apabila seseorang ketawa, tersenyum dan bercakap.

Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit,  25-50%  kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing.

Mengikut kajian, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu kecacatan yang ramai orang impikan.

Satu kelebihan paling nyata adalah, mereka yang berlesung pipit ini akan nampak sentiasa sweet. Kalau senyum apatah lagi. Jadi, ia sejenis kecacatan yang ramai ingin mengalaminya.

Lesung pipit mampu menambah daya penarik seseorang. Mereka akan tetap nampak cantik walaupun tak mekap. Mereka ada lesung pipit tampak muda dari usia sebenar. Dengan kata lain mereka yang ada lesung pipit wajahnya ‘babyface’.

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum orang yang melihatnya akan berasa senang hati. Kecomelan mereka yang berlesung pipit ini boleh menceriakan keadaan.

No comments:

Post a Comment