Sunday 12 August 2018

Paragliding Bukit Panau Flying Park

Kampung Bukit Panau terlekat dalam jajahan Tanah Merah. Namun, sebuah bukit yang terletak berhampiran kampung berkenaan dikenali Bukit Panau terletak dalam jajahan Pasir Mas. Bukit Panau kini semakin dikenali sebagai pusat rekreasi untuk pendakian bukit.

Pemandangan dari puncak Bukit Panau amat menarik dengan berlatar belakang perkampungan sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah, serta Kota Bharu dan mampu sampai ke Bachok dan Machang. Paling menarik ialah pemandangan Sungai Kelantan yang mengalir dari selatan ke utara, selari dengan Jalan Pasir Mas -  Tanah Merah.

Namun, tidak ramai mengetahui di puncak Bukit Panau itu juga menjadi tempat tapak berlepas untuk sukan paragliding. Tapak berlepas di puncak Bukit Panau itu mula diperkenalkan sebagai tempat aktiviti paragliding sejak 2008. Dengan ketinggian tapak berlepas 255 meter dari paras laut cukup untuk acara bertaraf dunia.  

Projek menaik taraf tapak berlepas arah uara dan timur dilakukan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Aktiviti paragliding di Bukit Panau membuka peluang untuk orang ramai menyertai aktiviti rekreasi udara. Aktiviti paragliding bukan sahaja satu sukan, bahkan mampu dijadikan satu kerjaya kepada mereka yang serius melakukannya.

Sesiapa yang berminat untuk aktiviti paragliding di Bukit Panau boleh mendapat maklumat lanjut di Facebook Bukit Panau Flying Park.

No comments:

Post a Comment