Sunday 27 January 2019

NASIB JANDA


Janda memang sering mendapat perhatian. Gelaran atau status janda diberikan kepada wanita yang diceraikan suami. Manakala balu pula yang kematian suami.

Mengapa janda menjadi perhatian? Menariknya perhatian itu dari dua sisi iaitu baik dan buruk. Sisi baiknya hanya mengikut perhatian lelaki yang ingin mengambil 'kesempatan' terhadap janda. Janda yang mempunyai pengalaman hidup suami isteri dikatakan mudah dipikat dan dipergunakan. Istilah janda gersang dan janda gedik atau gatal sering ditujukan kepada janda.

Sebenarnya, sisi tertariknya lelaki terhadap janda dipandang sebaliknya oleh isteri. Ramai isteri yang tidak senang duduk jika mengetahui suaminya berkawan dan rapat dengan janda.

Status janda memang berat untuk ditanggung oleh si janda. Persepsi buruk terhadap janda ini mungkin sikap janda sendiri. Namun, tidak kurang juga janda yang sebenarnya tergolong wanita yang terhormat. Jadi, tidak adil semua janda dipandang serong.

Menjadi janda bukan pilihan wanita, biarpun dalam keadaan tertentu punca perceraian disebabkan isteri meminta cerai dari suami suami tanpa alasan munasabah. Namun, banyak kes sebenarnya wanita mendapat status janda menjadi mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab suami.

Janda bukan wanita murahan dan boleh diperlakukan dengan niat jahat. Banyak janda menjadi insan berjaya dengan usaha untuk memperbaiki taraf hidup apabila ditinggalkan suami dan terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.

Sebab itu, juga juga yang ingin mengambil kesempatan dengan kejayaan janda. Lelaki hidung belang akan mencari janda dan mengambil kesempatan atas kelemahan janda.

Mereka memilih janda bukan untuk membantu, tetapi mempergunakan. Lelaki seperti inilah yang menjadikan imej janda dipadang buruk.

Jika ingin memilih janda sebagai pasangan hidup, ambillah seadanya. Lihat pada keinginan untuk melakukan kebaikan dan satu tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment