Monday 14 January 2019

Pintasan Bentong atasi kesesakan

Masalah kesesakan kronik pada setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah yang berlaku di Bentong, Pahang akan dapat diatasi apabila jalan pintasan siap nanti.

Projek jalan pintasan Bentong yang juga sebahagian daripada fasa pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) membolehkan pengguna tidak perlu memasuki bandar Bentong untuk ke Raub dan seterusnya.

Projek Bentong Bypass sepanjang 28.5 kilometer (KM) dengan dua lorong itu akan menjadi alternatif baru kepada pengguna jalan raya untuk tidak lagi melalui pekan Bentong yang kerap sesak.

Jalan pintasan yang bermula selepas Plaza Tol Bentong (susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak) berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan melalui kawasan Benus dan Kampung Lebu.

Pada masa sama, Lebuh Raya Bentong-Raub sepanjang 54 km juga bertindak sebagai laluan alternatif baru untuk pengguna jalan raya yang mahu ke Raub dan destinasi lain di Pantai Timur.

No comments:

Post a Comment