Monday 21 January 2019

EJAAN BETUL 'KAIN PELEKAT' ATAU ' KAIN PELIKAT'

Kalau dieja 'kain pelekat' tentu ramai kata itu tidak betul. Ejaan sebenar adalah 'kain pelikat'. Memang kita akan sentiasa membaca tulisan 'pelikat' dan bukannya 'pelekat'.

Untuk mengetahui ejaan sebenar, mari kita semak dalam Kamus Dewan. Sekarang tidak sukar untuk menyemak ejaan yang betul atau maksud sesuatu perkataan. Guna sahaja dbp online.  

Pertama kita taip perkataan 'pelekat'. Keputusan carian adalah seperti berikut:
Definisi : 1. sesuatu yang digunakan untuk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan: ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 
Definisi : /pelékat/, = kain ~ kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya (biasanya dipakai oleh orang lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Kemudian kita taip pula perkataan 'pelikat'. Keputusan carian adalah "Carian kata tiada di dalam kamus terkini."

Di bahagian Khidmat Nasihat ada catatan ini;

Soalan: Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul?
 
Jawapan; istilah yang betul ialah "kain pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki..
 
Kalau begitu, ejaan betul adalah 'pelekat' untuk kain pelekat dan bukannya 'pelikat'.

No comments:

Post a Comment