Saturday 12 January 2019

YANG LURUS AKAN TERUS DIKETUK

Untuk berkata benar dan menegak kebenaran bukan perkara mudah. Akan ada penghalang dan pihak tidak menyenanginya. Sebab itu, satu perkara jihad dan perlu berdepan dengan kesukaran jika ingin berada di pihak yang benar.

Pihak yang tidak menyenangi kebenaran ditegakkan akan berusaha memberi tekanan dan keadaan yang sukar kepada pihak yang berusaha melakukan kebaikan. Mereka akan menggunakan kekuasaan politik, ekonomi, kedudukan dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk menggagalkan usaha baik.

Sebab itu, ada pihak yang ingin melakukan perkara baik apabila dikenakan tekanan akan terus menyerah kalah. Mereka tidak lagi meneruskan apa yang ingin dilakukan itu. Bahkan, dalam keadaan tertentu mereka akan melakukan perkara sebaliknya mengikut telunjuk pihak yang lebih kuasa. Mereka buat pusingan U.

Jadilah orang yang berprinsip. Jangan mudah mengaku kalah dan mengikut telunjuk orang lain. Teruskan berjuang biarpun berdepan rintangan dan halangan. Jihad bukan perkara mudah. Sebaliknya memerlukan pengorbanan dan berdepan keadaan sukar.  

No comments:

Post a Comment