Puteri
Saadong terkenal cantik dan bijak. Keistimewaan Puteri Saadong telah diketahui
oleh Raja Siam, lalu ingin memperisterikan Puteri Saadong.
Kehendak
Raja Siam itu ditolak. Raja Siam rasa terhina dan mengambil keputusan menyerang
Kelantan. Serangan pertama dapat dipatahkan. Apabila tersebar berita akan ada serangan
kedua, Puteri Saadong mengambil keputusan mengadap Raja Siam agar serangan itu dibatalkan.
Keberangkatan tiba Puteri
Saadong ke Siam telah diraikan dengan penuh meriah. Bagaimanapun, sebaik Puteri
Saadong menjejakkan kakinya di istana barunya itu, Raja Siam jatuh gering.
Setelah beberapa hari berlalu,
Raja Siam yang tidak sembuh-sembuh telah menitahkan supaya dia diusung ke kamar
Puteri Saadong. Keberangkatan Raja Siam disambut Puteri Saadong dengan hormat
dan bermaruah.
Raja Siam ketika bertemu Puteri
Saadong mengakui penyakitnya bermula sebaik ketibaan Puteri Saadong ke istana.
Biarpun kudis yang tumbuh di bahagian dadanya agak kecil, namun sungguh
berbisa. Ketika bertemu Puteri Saadong, bisa kudis semakin terasa dan tidak
mampu lama berada di situ.
Pelbagai bomoh dan tabit
dipanggil mengadap untuk merawat baginda, tetapi semakin lama, semakin merebak
kudis-kudis kecil itu. Kesakitan itu amat sangat kuatnya, dan bertambah-tambah
lagi bila baginda menghampiri Puteri Saadong.
Melihat kegeringan baginda mula
menjejaskan pemerintahan Kerajaan Siam, ketua sami mengadap Raja Siam. Setelah
bersujud sembah dan memohon diampunkan segala yang akan dituturkan, ketua sami
itu menawarkan pandangannya.
Pada firasat ketua sami itu,
geringnya baginda ada kaitan dengan kehadiran Puteri Saadong ke tanah Siam dan
menasihatkan baginda menitahkan supaya Puteri Saadong mengadap dan mendengar
pandangan tuan puteri tentang penyakit yang dialaminya itu.
Maka atas titah baginda, Puteri
Saadong dibawa mengadap. Seperti sebelum-sebelumnya, bertambah-tambah sakit
baginda bila berada hampir dengan tuan puteri itu.
Bertanyalah baginda Raja Siam
kepada Puteri Saadong, adakah musibah yang dialaminya itu adalah atas angkara
Puteri Saadong. Namun dengan berhemah, Puteri Saadong menjawab bahawa pada
firaatnya, musibah itu, adalah angkara perbuatan Raja Siam sendiri.
Puteri Saadong berjanji akan
merawat Raja Siam dengan syarat setelah sembuh nanti, baginda akan dihantar
pulang ke Jelasin. Raja Siam yang tiada pilihan terpaksa menerima syarat tersebut.
Setelah sekian masa berlalu,
penyakit Raja Siam telah sembuh. Lalu, atas menunaikan janjinya, Puteri Saadong
telah dihantar pulang menaiki bahtera dengan diiringi dayang-dayang dan hadiah.
No comments:
Post a Comment