Thursday, 14 March 2019

SEJARAH ASAL NAMA KAMPUNG TOK BALI

Nama Kampung Tok Bali, Pasir Puteh dipercayai lahir dari kisah seorang pelayar dari Indonesia yang hanyut dan terdampar di pantai tersebut. 
 
Kapal pelayar dari Bali Indonesia telah pecah di tengah lautan menyebabkan pelayar tersebut hanyut berbulan-bulan di lautan. Ketika beliau terdampar di pantai, dikatakan teritip telah memenuhi tubuhnya.

Beliau memulakan hidup baharu bersama-sama penduduk setempat. Daripada cerita inilah Tok Bali mendapat nama.

Tok merupakan gelaran kepada orang yang kebiasaannya mempunyai ilmu agama yang tinggi. Bali pula adalah nama tempat di Kepulauan Indonesia. Tidak diketahui nama sebenar lelaki itu.

Kampung Tok Bali terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Jaraknya kira-kira 16 kilometer dari bandar Pasir Puteh. 

Kampung Tok Bali kini membangun dengan pesat bermula tahun 1990-an apabila terlaksananya Projek Kemasin Semerak

Kawasan yang diliputi dalam rancangan itu pula dikenali Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak (IADA). IADA merupakan badan yang bertanggungjawab menyelia aktiviti pembangunan di kawasan berkenaan.

Biarpun fungsi IADA berkaitan pembangunan pertanian dan perikanan, namun pembinaan kemudahan infrastruktur telah menarik banyak aktiviti perekonomian di kawasan tersebut, terutamanya industri pelancongan dan yang berkaitan dengan perkapalan.  

1 comment: